CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 0

[Kelantan] Pengawal keselamatan, pelajar tahfiz didakwa sebabkan kematian seorang lelaki

[Copy link]
Post time 12-2-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Sabri Yusoff didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan sehingga menyebabkan kematian kepada seorang lelaki.- Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan dan seorang pelajar tahfiz lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan sehingga menyebabkan kematian kepada seorang lelaki, pada 29 Januari lalu.

Tertuduh, Mohamad Sabri Yusoff, 33, dan pelajar tahfiz berusia 17 tahun bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Mohd Syhakahalaf Akram Mohd Zakuwan, 28, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian kepada mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kampung Pulau Melaka, kira-kira jam 6.55 petang, pada 29 Januari 2023.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca dengan Seksyen 34 akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, manakala pesalah kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Zamri Mat Nawang.

Terdahulu, Siti Edabayu tidak menawarkan sebarang jaminan kepada Mohamad Sabri manakala Zamri memohon anak guamnya dibenarkan jaminan.

Mahkamah membenarkan Mohamad Sabri dijamin sebanyak RM20,000 dan pelajar tahfiz pula RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 19 Mac depan sebagai sebutan tarikh semula kes.

https://www.bharian.com.my/berit ... an-kematian-seorang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.052997 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list