CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Kedah] Pemandu e-hailing tuntut penyeragaman kadar tambang antara bandar

[Copy link]
Post time 17-2-2023 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Pemandu e-hailing tuntut penyeragaman kadar tambang antara bandar


Izzali Ismail
[email protected]



NOR Zabidi (empat kanan) mewakili pemandu e-hailing di Alor Setar menuntut kadar tambang sama rata dengan bandar raya lain. FOTO Izzali Ismail




Alor Setar: Gabungan E-hailing Wilayah Utara menuntut syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing segera menyeragamkan kadar tambang antara bandar utama di negara ini.

Pengerusinya, Nor Zabidi Bahador berkata, masalah timbul apabila kadar tambang perkhidmatan e-hailing antara bandar tidak sama terutamanya di bandar raya ini.

Katanya, kadar tambang yang lebih rendah di bandar raya ini menyebabkan pendapatan pemandu terjejas dan sentiasa tidak menentu.

"Berlaku ketidakseragaman harga kerana syarikat e-hailing mengambil kira permintaan pengguna dan kadar pendapatan penduduk dalam menentukan kadar tambang sedangkan kos hidup semasa antara bandar adalah sama.

"Sebagai contoh harga tambang di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru adalah lebih tinggi mengikut jarak dan kadar trafik berbanding Alor Setar yang dikatakan mempunyai permintaan rendah serta kadar trafik yang sederhana.

"Perbezaan harga ini memberi kesan kepada pemandu di Alor Setar yang melakukan tugas yang sama seperti di bandar utama lain, sedangkan kos semasa yang ditanggung pemandu adalah sama di seluruh negara," katanya.

Nor Zabidi berkata, kesan paling ketara dapat dilihat apabila pendapatan pemandu e-hailing berbeza hingga 20 peratus, sedangkan mereka melakukan tugas yang sama di bandar berbeza.

Jelasnya, persaingan dan 'perang harga' antara syarikat e-hailing juga menyebabkan pemandu menjadi mangsa apabila harga tambang diturunkan tanpa mengira kos ditanggung mereka.

"Di Alor Setar, bayaran 10 perjalanan hanya antara RM50 hingga RM60 sahaja, berbanding antara RM80 hingga RM100 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Penyeragaman harga wajar dilakukan tanpa mengambil kira lokasi pemandu beroperasi bagi memberi keadilan kepada kami," katanya.




Disiarkan pada: Februari 17, 2023 @ 10:08am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.535199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list