CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Kedah] Jualan 'Rahmah' Econsave bantu kurangkan beban pengguna

[Copy link]
Post time 17-2-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Jualan 'Rahmah' Econsave bantu kurangkan beban pengguna

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA17 Februari 2023 03:46pm






Zamzuri (kiri) melayan pelanggan yang hadir sempena pembukaan cawangan baharu EconSave di Baling.




BALING - Inisiatif pihak industri menurunkan harga barang mentah selaras hasrat kerajaan mengurangkan beban pengguna dilihat satu pendekatan baik buat rakyat.

Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, rakyat kini perlu membuat pilihan membeli barangan penting sahaja semata-mata untuk mengurangkan perbelanjaan keluarga.

Menurutnya, situasi sama turut dilaporkan berlaku terhadap peniaga kecil dan sederhana yang terjejas akibat peningkatan harga barang mentah seiring keperluan semasa.

"Menyedari hakikat itu, kita menyediakan platform kepada pengguna atau peniaga kecil mendapatkan barangan mentah dan keperluan harian terpilih dengan potongan harga sehingga 30 dan 40 peratus lebih murah berbanding harga pasaran," katanya.

Beliau ditemui media ketika merasmikan pembukaan baharu Econsave Cawangan Baling pada Jumaat.

Hadir sama, Pengurus Econsave Cawangan Baling, Sarudin Shaari.

Menurut Zamzuri, sempena pembukaan rasmi itu, kempen jualan 'Rahmah' yang dilaksanakan di cawangan lain diteruskan di Baling membabitkan 1,000 barang mentah dan keperluan harian yang mengalami penurunan harga sehingga 30 dan 40 peratus berbanding harga pasaran bermula penghujung tahun lalu sehingga hujung Februari ini.

Jelasnya, selain menyediakan pelbagai kemudahan dan barangan keperluan bawah satu bumbung, inisiatif itu juga dilihat satu peluang terbaik bagi golongan B40 berdepan kos sara hidup tinggi.




"Antara tawaran menarik sempena pembukaan cawangan pula ialah jualan ayam segar dengan harga RM6.99 sekilogram, kubis bulat import 99 sen sekilogram dan tomato RM4.99 sekilogram yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

"Ini merupakan cawangan ke-91 pasar raya besar Econsave seluruh negara dan yang keempat di Kedah," katanya.

Sebelum ini, Econsave telah memiliki tiga cawangan di Kedah termasuk Bandar Puteri Jaya dan Taman Patani Jaya di Sungai Petani serta sebuah lagi di Pokok Sena.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.090123 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list