View: 499|Reply: 0
|
[Pahang]
Cubaan edar rokok seludup RM1.496 juta gagal
[Copy link]
|
|
WAN Apandi Wan Hassan (tiga kiri) bersama anggotanya menunjukkan rokok seludup yang dirampas ketika sidang media mengenai rampasan rokok seludup. FOTO Farizul Hafiz Awang
Kuantan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya mematahkan cubaan sindiket pengedaran rokok seludup apabila merampas barangan itu yang bernilai RM1.496 juta termasuk cukai.
Bekalan itu yang dimuatkan dalam lori 7.5 tan ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Anak Ikan, Jerteh, Terengganu pada 12 Februari lalu.
Pengarah JKDM Pahang, Wan Apandi Wan Hassan berkata, sebelum serbuan itu pihaknya menerima laporan mengenai kegiatan sindiket itu daripada orang awam.
"Serbuan dilaksana sepasukan anggota penguat kuasa JKDM Pahang dan pemeriksaan (dalam lori) menemukan kotak berisi dua juta batang rokok putih di bahagian belakang.
"Rokok terbabit dianggar bernilai RM160,000 dan cukai ke atas barangan itu berjumlah RM1.336 juta, manakala nilai keseluruhan rampasan termasuk lori yang disita pula kira-kira RM1.55 juta," katanya pada sidang media di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Wan Apandi berkata, sindiket itu menggunakan lori separuh kanvas dan dipercayai bergerak aktif pada waktu malam hingga awal pagi.
"Laluan yang biasa digunakan mereka ialah Jalan Persekutuan Kota Bharu-Kuala Terengganu untuk pengedaran di Pantai Timur. Kita sedang mengenal pasti pemilik sebenar lori itu bagi tujuan siasatan," katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan sindiket diminta melaporkannya ke talian bebas tol kastam 1-800-88-8855 atau hadir ke pejabat kastam terdekat, dengan identitinya dirahsiakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-rm1496-juta-gagal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|