CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Kelantan] Kerah kudrat selagi aku larat!

[Copy link]
Post time 27-2-2023 09:51 AM | Show all posts |Read mode

SEJAK sakit, suami Zainun, Abdullah (kiri) banyak membantunya menghasilkan kuih-muih bagi menambah pendapatan mereka.

Tumpat: Dalam keadaan sukar bergerak akibat angin ahmar sejak setahun lalu, seorang wanita mencekalkan diri terus menghasilkan kuih-muih tradisional demi kelangsungan hidup.

Zainun Ibrahim, 60, dari Kampung Chenderong Kubu di sini berkata, dia membuat beberapa kuih-muih antaranya pulut ikan kering dan ketupat palas dengan dibantu suaminya, Abdullah Hassan, 65.

Menurutnya, meskipun kudrat sudah tidak sekuat dulu, dia masih perlu melakukan pekerjaan sejak sekian lama itu kerana hanya bergantung kepada suami yang hanya bekerja sebagai buruh.

"Kuih-muih ini saya buat dan jual kepada penjaja yang datang mengambil di rumah, tapi dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot ini, tidak banyak jualan yang mampu saya hasilkan lagi.

"Pendapatan juga tidak menentu iaitu sekitar RM20 hingga RM30 sehari, tapi sejak diserang angin ahmar pada Mei tahun lalu, pekerjaan ini tidaklah setiap hari saya buat kerana sebelah kiri tubuh masih lagi lemah.

"Buat masa sekarang, suami banyak membantu dan boleh dikatakan dia yang lebih berperanan menghasilkan kuih-muih manakala saya pula hanya memantau selain memberitahu selok-belok cara penyediaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Zainun berkata, demikian ketika ditemui selepas dia antara 150 penerima yang menerima kunjungan wakil Islamic Relief Malaysia yang tampil menyerahkan sumbangan baucar dan bakul makanan sumbangan Bursa Malaysia.

Menurutnya, dia mempunyai tujuh anak termasuk dua bergelar orang kurang upaya (OKU) iaitu lembam dan mengalami masalah pendengaran.

Katanya, nasibnya mungkin sedikit berubah apabila permohonan mendapatkan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru diluluskan.

"Tiga anak menetap di luar Kelantan dan masing-masing bekerja dengan pendapatan tidak seberapa, tapi ada juga mengirimkan wang kepada kami berdua.

"Sejak jatuh sakit, saya memakai lampin pakai buang dan perlu mengambil susu khas untuk penyakit kencing manis yang dihidapi, malah perbelanjaan untuk keperluan ini mencecah RM250 sebulan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-selagi-aku-larat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.032345 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list