CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1650|Reply: 0

[Pahang] Gajah jantan sesat ditangkap PERHILITAN

[Copy link]
Post time 7-3-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar dari video yang dirakam penduduk mengenai kehadiran gajah berhampiran Taman Perumahan Pandan Damai, Kuantan. - Foto ihsan pembaca

KUANTAN: Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang berjaya menangkap gajah jantan yang berada dalam hutan kecil berhampiran Taman Perumahan Pandan

Damai dekat Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, di sini semalam.

Haiwan berkenaan dipercayai tersesat dan berada dalam hutan kecil di situ kira-kira seminggu lalu berdasarkan keadaan tanah yang tidak rata dan berselerak di sekitar gajah terbabit.

Pengarah PERHILITAN Pahang, Rozidan Md Daud, berkata gajah jantan yang memiliki sepasang gading itu dipercayai datang daripada Bukit Goh dan menjadikan Hutan Simpan Cerul, di sini sebagai kawasan habitat semula jadi.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima haiwan terbabit menyusur sepanjang laluan, sebaliknya tidak bertindak melintas Lebuhraya Pantai Timur (LPT), sebelum berada dalam hutan kecil Taman Perumahan Pandan Damai.

"Operasi menjejak gajah terbabit segera dilakukan sebaik sahaja pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berkeliaran di kawasan perumahan mereka.

"Kita telah berjaya menangkap gajah terbabit selepas mengesan kedudukannya dalam hutan kecil di situ, anggota UTK telah menembak dengan ubat pelali sebelum mengikatnya bagi tujuan untuk dipindahkan ke habitat asal," katanya.

Beliau berkata, operasi memindahkan haiwan terbabit akan dilakukan dalam masa terdekat dan tugas berkenaan akan dilakukan oleh kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah PKGK Lanchang, Temerloh.

Rozidan menambah, anggota UTG PERHILITAN Pahang akan memantau gajah jantan berkenaan setiap hari sebelum operasi memindahkan dilakukan dengan bantuan dua gajah.

"Haiwan berkenaan dipercayai tersesat selepas terpisah daripada kumpulanya, ini kejadian kali pertama gajah muncul di kawasan Taman Perumahan Pandan Damai, kita tidak menyangka kemunculan haiwan berkenaan di situ.

"Sebelum ini pernah berlaku kes gajah muncul di kawasan perumahanNelayan Sungai Puteri, Rompin, haiwan berkenaan keluar daripada Hutan Simpan Menchali untuk mencari makan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... itangkap-perhilitan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039074 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list