CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5727|Reply: 0

[Kelantan] Ibu menjerit lihat anak melambung dirempuh kereta

[Copy link]
Post time 13-3-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

NIK Rohani menunjukkan baju raya berwarna biru gelap yang sudah dibeli anak bongsunya yang maut bersama kakaknya. FOTO Nor Amalina Alias

Pasir Puteh: "Adik (anak bongsu) ada minta maaf dan tunjuk baju raya yang dia dah beli untuk raya tahun ini, tapi tak sangka itu petanda akhir dia nak tinggalkan kami," kata ibu kepada dua beradik perempuan yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, semalam.

Lebih memilukan Nik Rohani Nik Leh, 54, apabila kehilangan Nurul Hanani, 30, dan Nurul Atikah Mohamad Zuhair, 24, buat selama-lamanya menjelang 10 hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadan.

Nik Rohani berkata, ketika kejadian dia dan suami, Mohamad Zuhair Che Mat, 54, serta anak kedua, Mohd Firdaus, 26, menaiki kereta Proton Iswara Aeroback untuk ke rumahnya ibunya di Kampung Sri Aman kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka.

Menurutnya, dua beradik itu yang juga anak sulung dan bongsu pula menaiki skuter Yamaha Ego dalam perjalanan ke tempat sama iaitu rumah nenek mereka, Hamidah Che Amat, 74.

"Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta Perodua Viva dari arah bertentangan masuk ke laluan kami dan merempuh bahagian sisi kereta sebelah pemandu yang dinaiki kami sebelum meluru meluru ke arah anak-anak saya.

"Pada saat itu, saya hanya mampu menjerit apabila melihat kedua-anak anak melambung dan jatuh ke atas jalan raya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Mengkelih, di sini, hari ini.

Nik Rohani berkata, dia tidak mampu bergerak kerana terlalu terkejut, manakala suaminya terus memberhentikan kereta dan bergegas ke arah anak mereka yang sudah meninggal dunia.

Menurutnya, beberapa hari sebelum kejadian, arwah Atikah ada menunjukkan baju raya berwarna biru gelap yang dibeli di sebuah pasar raya.

Katanya, arwah beria-ia mahu ahli keluarga turut memilih baju raya tema sama untuk dipakai Aidilfitri nanti.

"Saya akan merindui gelagat kedua-dua mereka yang suka makan murtabak yang dibeli di bazar ramadan, tambahan pula mereka banyak membantu saya jaga anak lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU), kini anak saya hanya tinggal seorang," katanya yang gagal menahan sebak selain turut kehilangan suara.

Sementara itu, Mohamad Zuhair berkata, dia asyik berasa tidak sedap hati sepanjang hari semalam sebelum berlaku kejadian.

"Ketika anak minta nak bawa skuter ke rumah nenek mereka, saya dah larang, namun mereka tetap naik.

"Selepas mereka dirempuh, saya turun dan lihat dua anak bergelimpangan atas jalan dengan berlumuran darah. Saya cek nadi mereka keduanya sudah tiada," katanya yang turut pengsan di lokasi kejadian.

Katanya, apabila sedar, dia sudah berada di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan mayat kedua-dua anaknya selamat dibedah siasat di hospital sama.

Jenazah mereka dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Mengkelih, bersebelahan dengan rumah mereka pada 11 pagi tadi.

Dalam kejadian pada 6.30 petang semalam, Hanani dan Atikah maut selepas skuter dinaiki dirempuh sebuah kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita di Kilometer 37.5 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu (Jalan Bypass) lintasan ke Bandar Pasir Puteh.

Rempuhan itu menyebabkan mereka meninggal dunia selepas cedera parah di bahagian muka dan kepala.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ung-dirempuh-kereta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.112285 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list