View: 5704|Reply: 0
|
[Kelantan]
Peniaga cedera, seorang daripada peragut berjaya ditahan
[Copy link]
|
|
PERAGUT yang ditahan orang awam selepas kejadian di Kota Bharu. FOTO Tular FB.
Kota Bharu: Peniaga kedai runcit cedera selepas diragut dua lelaki di di Jalan Padang Kelochor di sini, kelmarin.
Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa berusia 62 tahun didatangi dua lelaki bermotosikal ketika hendak menutup kedainya, sebelum mereka melarikan dua beg kain yang dipegang mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, ketika cuba melarikan diri, motosikal yang ditunggang suspek berselisih dengan kenderaan lain menyebabkan mereka hilang kawalan dan terjatuh.
"Orang awam yang berada di tempat kejadian menahan seorang daripada suspek dan seorang lagi sempat melarikan diri.
"Suspek yang ditahan adalah lelaki tempatan berusia 34 tahun. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methapetamine dan semakan rekod menunjukkan dia mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk rawatan lanjut.
Katanya, usaha mengesan seorang lagi suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
"Suspek yang ditahan kita direman lima hari sehingga Rabu ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gut-berjaya-ditahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|