CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6769|Reply: 0

[Pahang] Impian tunai umrah lebur, duit lesap

[Copy link]
Post time 19-3-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Impian seorang pesara swasta di Temerloh untuk menunaikan umrah bukan sahaja tidak kesampaian, malah terpaksa menanggung kerugian RM11,400 apabila terpedaya dengan tawaran pakej umrah yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 58 tahun itu dilaporkan terpedaya dengan penipuan itu selepas menerima tawaran pakej umrah melalui aplikasi WhatsApp pada 5 Mac lalu.

"Mangsa berurusan dengan suspek yang mendakwa kononnya dilantik sebuah syarikat menguruskan umrah terbabit.

"Mangsa membuat lima kali transaksi melalui dua akaun bank berbeza yang diberikan oleh suspek," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, kelmarin mangsa menghubungi syarikat yang dikatakan menawarkan pakej terbabit tetapi dimaklumkan tiada apa-apa pakej ditawarkan syarikat berkenaan.

"Wang simpanan mangsa sebanyak RM11,400 lesap kerana mempercayai tawaran yang dibuat suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau menasihati orang ramai tidak berurusan dengan orang tengah bagi mana-mana tawaran pakej umrah dan haji, selain membuat semakan di Lembaga Tabung Haji.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-lebur-duit-lesap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040781 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list