CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1459|Reply: 0

[Terengganu] Penghantar makanan ditahan kerana ugut polis

[Copy link]
Post time 23-3-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP laya video rakaman pergelutan penghantar makanan dengan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut. FOTO Ihsan pembaca

Besut: Seorang penghantar makanan ditahan kerana melakukan provokasi ugutan terhadap anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, video rakaman berdurasi satu minit 36 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial menunjukkan berlaku pergelutan antara lelaki terbabit dengan polis di hadapan IPD berkenaan pada 22 Februari lalu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki berpakaian sebuah syarikat penghantar makanan hadir ke IPD Daerah Besut dengan menaiki sebuah motosikal.

"Dia kemudiannya bertindak mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dan membuat provokasi serta melibas menggunakan cota terhadap anggota yang bertugas di pos pengawal.

"Beberapa orang anggota polis berhampiran kemudiannya hadir serta memberi amaran supaya suspek beredar.

"Suspek kemudiannya berjalan keluar mengambil sebatang cota dari bakul motosikal dan cuba berjalan masuk semula ke dalam pagar IPD," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Azrol berkata, susulan itu, berlaku pergelutan antara pihak polis serta lelaki itu seperti ditularkan.

"Sepanjang melaksanakan tangkapan, kekerasan yang minimum mungkin terpaksa digunakan.

"Kes masih dalam siasatan lanjut polis dan suspek ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan dan Seksyen 186, kanun sama.

"Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 90, Akta Polis 1967 dan Seksyen 6 (1), Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan maklumat tidak sah yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

"Tindakan tegas di bawah peruntukan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan sebarang situasi boleh mengancam keselamatan serta ketenteraman awam," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-kerana-ugut-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048704 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list