CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5971|Reply: 0

[Terengganu] Nekbat dan Ramadan berpisah tiada

[Copy link]
Post time 25-3-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Marang: Bagi memastikan permintaan tidak tergendala pembuat kuih nekbat terpaksa bersengkang mata hingga waktu sahur bagi menyiapkan tempahan dan jualan runcit sepanjang Ramadan.

Sabariah Idris, 51, dari Kampung Sena Rendang, dekat sini, berkata, bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap kuih nekbat dia terpaksa membahagikan dua sesi untuk menyiapkan juadah itu.

Menurutnya, pada sesi pagi, dia mula membuat kuih itu pada 7 pagi hingga tengah hari, manakala sesi malam bermula 8 malam hingga 3 pagi.

"Setiap hari saya menggunakan kira-kira 2,000 biji telur ayam dan 100 kilogram tepung beras bagi menghasilkan lebih 10,000 biji nekbat.

"Istimewanya kuih ini hanya dibuat pada bulan Ramadan saja," katanya yang meneruskan legasi arwah moyangnya dalam pembuatan kuih nekbat.



KHAIRUL Rizaudin Mansor sedang membakar kuih nekbat. FOTO Nadzdy Harun

Menurutnya, sudah menjadi lumrah apabila tiba Ramadan, dia bersama 10 ahli keluarga akan bersengkang mata hingga ke lewat pagi bagi menyiapkan nekbat yang ditempah dan untuk dijual secara runcit.

"Walaupun sudah menghasilkan nekbat dalam jumlah yang besar saban hari namun permintaan pelanggan kian bertambah.

"Ada juga pelanggan yang pulang dengan tangan kosong kerana nekbat sudah ditempah pelanggan lain," katanya.

Seorang lagi pembuat kuih nekbat Hajar Hasim, 52, berkata, menyiapkan kuih ini pada sebelah pagi dan malam seolah-olah satu tradisi.

"Kalau banyak tempahan biasanya saya akan membuat kuih ini hingga ke jam 5 pagi kerana sesi pagi tidak mampu menampung permintaan.

"Selain menjual terus kepada pelanggan yang datang ke bangsal membuat nekbat, saya turut menghantar kuih ini ke Pasar Besar Kedai Payang dan Pasar Borang Gong Pauh, di Kuala Terengganu," katanya yang turut dibantu anak-anaknya.

Katanya, walaupun hanya dibuat hanya pada bulan Ramadan namun kuih tradisional ini dilihat saban tahun semakin ramai peminat dan tinggi permintaannya.


SABRI dan Nur Shahtini Soffeya Zamri menunjukkan kuih nekbat yang siap dibakar. FOTO Nazdy Harun.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pisah-tiada-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.080720 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list