CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9359|Reply: 0

[Pahang] Telekung putih, coklat hadiah terakhir ibu

[Copy link]
Post time 26-3-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

NUR Farysya Eryany bersama dua pasang telekung yang dihadiahkan oleh ibunya sebelum terbabit kemalangan sehingga meragut nyawa kedua orang tuanya. FOTO Khairulmizan Yahya

Kuantan: Dua pasang telekung berwarna putih dan coklat menjadi pemberian terakhir Habsah Ismail, 42, kepada dua anak gadisnya sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.

Habsah dan suaminya, Faizul Azman Awang, 44, maut selepas Proton Exora dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan empat kenderaan lain di Kilometer 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu, Terengganu, semalam.

Manakala, anak bongsu mereka Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, kini kritikal dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Nur Farysya Eryany, 19, berkata telekung terbabit dibeli oleh arwah ibunya untuk dia dan kakak, Hafyna Elyana, 22, secara dalam talian dan memaklumkan mengenai pembelian itu kepadanya kira-kira 12 tengah hari semalam.

"Itulah kali terakhir kami berhubung apabila ibu meminta saya menerima 'parcel' (bungkusan) yang dihantar selain memberitahu ada meninggalkan duit untuk pembayaran di dalam laci.

"Sepasang telekung sudah sampai semalam, dan sepasang lagi sampai hari ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Balok Permai, di sini, hari ini.

Nur Farysya berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa kedua orang tua dan adiknya selepas jiran datang ke rumah sambil menunjukkan satu hantaran di Facebook mengenai kemalangan itu.

"Selepas itu barulah saudara mara saya datang ke rumah dan membawa kami dua beradik ke Terengganu untuk melihat ibu dan ayah serta adik.

"Buat masa ini, kami tidak dapat lagi berfikir mengenai perancangan akan datang sebaliknya hanya memikirkan tentang keadaan adik bongsu yang masih tidak sedarkan diri.

"Kemungkinan kami akan pergi ke Terengganu esok untuk melihat keadaan adik dan kami juga dimaklumkan dia (adik) akan menjalani beberapa pembedahan, hari ini," katanya.

Katanya, arwah bapanya seorang yang gemar mengusik, manakala ibunya pula sentiasa mengambil berat terutama soal makan minum mereka tiga beradik selain menggambarkan kedua-dua ibu bapanya sebagai pasangan dua sejoli kerana sentiasa bersama ke mana sahaja.

"Mereka berdua kalau hendak ke mana-mana memang suka berpakaian sedondon. Tidak sangka mereka juga pergi bersama," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hadiah-terakhir-ibu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.031710 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list