CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2433|Reply: 0

[Pahang] Sindiket 'Love Scam' Genting Highlands sasar mangsa luar negara

[Copy link]
Post time 28-3-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Bentong: Tiga warga asing disyaki terbabit dalam sindiket 'Love Scam' yang ditahan dalam dua serbuan berasingan pada 24 Mac lalu di Genting Highlands di sini, dipercayai mensasarkan mangsa dari luar negara.

Mereka itu terdiri daripada dua lelaki Nigeria dan seorang wanita dari Timur Tengah berusia lingkungan 32 hingga 37 tahun.

Kumpulan berkenaan dipercayai berperanan mencari sasaran untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa menerusi media sosial dan aplikasi mencari pasangan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, berdasarkan maklumat dan siasatan didapati suspek terbabit akan menyalurkan info mangsanya kepada rangkaian sindiket berpangkalan di Ghana.

"Maklumat mangsa akan disalur kepada ahli sindiket di luar negara untuk tindakan lanjut (penipuan wang) dan suspek di Malaysia akan menerima bayaran 20 peratus daripada jumlah wang yang berjaya ditipu.

"Tiga suspek terbabit akan mencari sekitar empat ke lapan mangsa setiap hari menerusi Facebook dan Snapchat.

"Walaupun mereka beroperasi di Malaysia, mereka hanya mensasarkan mangsa dari negara lain," katanya.

Zaiham berkata, hasil siasatan mendapati sindiket di Genting Highlands itu beroperasi sejak bulan Disember lalu.

"Mereka merupakan bekas penuntut di sebuah kolej swasta dan seorang daripada suspek berkenaan merupakan dalang utama dipercayai sudah tinggal di Malaysia selama lima tahun lalu.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada saki baki suspek yang beroperasi di Malaysia," katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, polis berjaya menumpaskan sindiket terbabit dengan tertangkapnya tiga individu yang sering menjerat mangsa menggunakan 'ayat manis' dalam dua serbuan berasingan di Genting Highlands di sini.

Serbuan pada 12 tengah hari itu dijalankan susulan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mangsa-luar-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.124050 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list