View: 4685|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kekalkan harga kuih tradisional, peniaga niat sedekaH
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Walaupun kos bahan mentah meningkat, pengusaha kuih tradisional di Kampung Pondok Jambu Merah di sini, masih mengekalkan kuantiti dan harga.
Noraini Mat Deris, 60, yang sudah lebih 20 tahun menghasilkan aneka kuih muih tradisional Kelantan tidak sesekali mengambil kesempatan atas kenaikan harga barangan asas itu terutama pada bulan Ramadan yang disifatkan bulan bersedekah.
Kuih jualannya masih lagi berharga sekitar RM2 hingga RM3 sebungkus dan antara manisan yang dihasilkan ialah lompat tikam, bubur butir nangka, asam gumpal, puteri mandi dan nekbat.
Noraini berkata, setiap hari dia menggunakan satu guni tepung gandum seberat 25 kilogram (kg) dan sebelum ini harganya adalah RM62 sahaja.
"Kali ini harga seguni tepung gandum meningkat menjadi RM72 untuk 25kg dan kenaikan harga itu turut membabitkan barang mentah lain termasuk gula dan telur.
"Harga gula pula RM66.50 untuk 24kg dan walaupun ia meningkat, rasa manis kuih muih saya tetap tidak berkurangan kerana ingin menjaga keasliannya.
"Begitu juga dengan harga telur ayam yang saya beli sekarang sekitar 55 sen sebiji dan untuk pembuatan kuih nekbat sebenarnya perlu menggunakan telur itik tapi memandangkan harganya juga sangat mahal, kami terpaksa mencampurkan kedua jenis telur itu untuk berjimat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Noraini berkata, penyediaan kuih muihnya dimulakan jam 9 pagi dan siap kira-kira tiga jam kemudian dengan bantuan dua pekerja.
Kuih muih itu kemudiannya dibungkus pada harga antara RM2 hingga RM3 sebelum dibawa untuk dijual ke gerai tidak jauh dari rumahnya dan jualan sepanjang Ramadan bermula jam 3 petang.
"Setiap hari memang habis kuih muih ini kerana saya masih mengekalkan harga yang sama dan kebanyakan yang datang adalah pelanggan tetap.
SUAMI Noraini, Zakaria, membantu memotong dan membungkus kuih lompat tikam yang dihasilkan untuk jualan sempena Ramadan. FOTO Rohana Idris
"Memang agak terkesan dengan kenaikan harga barang mentah tapi setakat ini rezeki sentiasa ada kerana jika saya turut menaikkan harga jualan, sudah pasti membebankan pembeli terutama yang berpendapatan rendah.
"Lagipun saya masih boleh bertahan kerana semua proses penyediaan kuih muih ini dilakukan sendiri tanpa ada pekerja yang ramai sekaligus kos upah dapat dikurangkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iat-sedekah-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|