View: 2630|Reply: 0
|
[Johor]
Peniaga bazar tidak pakai apron, tak tutup kepala
[Copy link]
|
|

Tian Soon (empat dari kanan) bersama Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu (lima dari kanan) meninjau operasi di bazar Ramadan Angsana Mall, Johor Bahru kelmarin.
JOHOR BAHRU – Degil tidak memakai apron, tidak menutup kepala serta tidak menjaga kebersihan diri, antara kesalahan berulang yang dilakukan peniaga bazar Ramadan di negeri ini.
Akibatnya, seramai 120 peniaga bazar Ramadan telah diberikan notis kompaun membabitkan keseluruhan nilai sebanyak RM23,000 atas pelbagai kesalahan sejak 1 Ramadan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, tindakan itu dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) melalui beberapa operasi.
“Sehingga 1 April, sebanyak 2,446 premis di bazar Ramadan telah diperiksa JKNJ atau Pejabat Kesihatan Daerah dan sebanyak 120 notis kompaun sudah dikeluarkan kepada peniaga terbabit.
“JKNJ akan memberi teguran terlebih dahulu terhadap peniaga yang didapati melanggar peraturan penyediaan makanan dan jika kesalahan sama masih berulang, barulah peniaga terbabit kenakan kompaun,” katanya selepas menyertai operasi dijalankan JKNJ di bazar Ramadan Angsana Johor Bahru Mall di sini kelmarin.
Menurutnya, operasi itu dijalankan bagi memastikan proses penyediaan makanan di semua bazar Ramadan mematuhi peraturan Akta Makanan 1983.
“Kami mahu pastikan semua makanan yang disediakan bersih dan selamat untuk dimakan pembeli, khususnya mereka yang sedang berpuasa.
“Kami juga membuat advokasi kepada orang ramai berhubung cara menyalurkan aduan dengan betul sekiranya mereka terbeli makanan yang tidak bersih,” ujarnya.
Katanya, ramai pembeli hanya membuat aduan di media sosial, sedangkan mereka sepatutnya mengemukakan aduan lengkap kepada JKNJ.
“Sejak Ramadan dan sehingga kini, kita hanya terima satu aduan secara rasmi oleh pembeli teraniaya,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... n-tak-tutup-kepala/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|