CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 2

[Wilayah Persekutuan] Menara KL: Pengarah syarikat didakwa cuba sogok ahli perniagaan RM500,000 setahun

[Copy link]
Post time 5-4-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Hamid (kiri) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.



KUALA LUMPUR – Seorang pengarah dan sebuah syarikat didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini, masing-masing atas satu pertuduhan menawarkan rasuah, kepada seorang ahli perniagaan, bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa berhubung pengambilalihan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Bagaimanapun tertuduh Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, dan Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussain dan Rozina Ayob.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hamid Shaikh selaku pengarah syarikat berkenaan, didakwa menawarkan RM500,000 setahun selama tempoh 15 tahun, kepada seorang ahli perniagaan berusia 60 tahun.

Ia bagi faedah Annuar sebagai dorongan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu,  mempercepatkan proses pengambil alihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL oleh Hydroshoppe.

Kesalahan didakwa dilakukan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama.

Sementara itu, syarikat itu pula didakwa bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh, menawarkan suapan, jumlah sama bagi tempoh sama kepada individu serupa untuk faedah Annuar selaku menteri, dengan niat memperoleh perniagaan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur, di lokasi dan tarikh sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum bawah seksyen 17A(2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Shu Ivu.

Kedua-dua mahkamah kemudian membenarkan syarikat dan tertuduh itu diikat jamin masing-masing sebanyak RM50,000 selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM di sini, setiap dua bulan.

Mahkamah menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... n-rm500000-setahun/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2023 05:11 PM | Show all posts
check in kutip kacang.. MKL ni memang hot & spicy
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2023 06:05 PM | Show all posts
so annuar musa dah santap ke sentap skrg ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.050737 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list