CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

[Selangor] Mahkamah: Bekas peguam bakal meringkuk penjara lebih lama

[Copy link]
Post time 6-4-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode

Chee Min ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam. FOTO: SADDAM YUSOFF



SHAH ALAM – Seorang banduan berkemungkinan meringkuk lebih lama dalam penjara apabila didakwa empat pertuduhan baharu berkaitan penggubahan wang haram berjumlah RM5.69 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh, Loke Chee Min, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norazlin Othman.

Chee Min yang juga bekas peguam didakwa dua pertuduhan memindahkan wang berjumlah 1.635juta dan dua lagi berkaitan pelupusan wang 4.059juta termasuk menerusi 26 cek sebuah akaun bank yang kesemuanya hasil daripada aktiviti haram daripada tiga buah akaun bank berlainan semasa milik firmanya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di tiga cawangan bank berlainan yang masing-masing di Balakong dan Seri Kembangan antara 12 Oktober 2017 hingga 30 Januari 2018.

Kesemua kesalahan itu dilakukan mengikut perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum bawah subseksyen 4(1) akta sama dibaca bersama perenggan 87 (1) (a) akta sama.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5juta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Amanina Wan Din tidak menawarkan sebarang jaminan dengan tertuduh sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan lain.

Manakala tertuduh pula diwakili peguam.

Kosmo! difahamkan tertuduh kini menjalani hukuman penjara sehingga 2026 di Penjara Kajang atas sembilan pelbagai kesalahan termasuk mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 11 Mei depan sebagai sebutan semula kes. -KOSMO!ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... penjara-lebih-lama/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.113283 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list