View: 192|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Bantulah Arifbillah
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MUHAMMAD_ARIFBILLAH_HAQIM_1680762889.jpg)
MUHAMMAD Arifbillah yang perlu menjalani pembedahan jantung yang menelan belanja RM80,000 di Hospital Gleaneagle. FOTO Fathil Asri
Kuala Lumpur: Muhammad Arifbillah Abbil Haqim baru saja berusia empat bulan, namun sudah diuji dengan dugaan getir apabila disahkan mengalami komplikasi jantung berlubang Atrioventricular Septal Defect (AVSD) sejak lahir.
Bapanya, Abbil Haqim A Aziz, 40, berkata, jantung anak bongsu daripada empat beradik itu yang juga menghidap Sindrom Down mempunyai tiga lubang yang mana setiap lubang bersaiz dua milimeter.
Menurutnya, Muhammad Arifbillah perlu menjalani pembedahan secepat mungkin kerana jika lewat dilakukan sehingga mencapai usia lima hingga enam bulan, ia boleh mengancam nyawa anaknya.
"Muhammad Arifbillah diuji penyakit itu sejak lahir dan sehingga kini 'berkampung' di hospital, belum dibenarkan pulang rumah.
"Ini kerana sejak lahir dia memerlukan bantuan alat pernafasan, namun ketika ini keadaan anak dilihat semakin hari semakin pucat. Itu yang memerlukan pembedahan segera dilakukan," katanya sebelum ini anaknya mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu.
Katanya, dia yang berkerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan RM3,000 sebulan tidak dapat menampung kos pembedahan jantung di Hospital Gleneagles di sini, berjumlah RM80,000.
Dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini juga pendapatan bulanannya tidak mencukupi untuk kelangsungan hidup mereka lima beranak dan kos perjalanan ke hospital untuk rawatan anaknya itu.
"Wang simpanan kami juga sudah habis digunakan untuk kos berulang-alik dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur selama dua bulan sebelum ini hingga saya terpaksa menjual kereta.
"Sebagai bapa saya tidak sanggup melihat anak yang masih kecil dalam keadaan badannya penuh dengan wayar. Dia bernafas membuatkan perut dan dadanya berlekuk, jika tiada bantuan oksigen juga membuatnya cepat penat," katanya.
Abbil Haqim berkata, dia dan isteri, Fatin Suhada Edal, 23, berharap Ramadan ini membawa sinar untuk Muhammad Arifbillah dapat membesar seperti kanak-kanak normal selepas ini.
"Kami berharap anak dapat menjalani pembedahan segera dan orang ramai sudi membantu kami serta berterima kasih untuk bantuan itu," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP
dan sumbangan kepada tabung berkenaan layak mendapat pelepasan cukai.
Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.
Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 14010008842718 atau Maybank bernombor 514105323170 dan nyatakan nama pesakit pada bahagian rujukan penerima atau butiran pembayaran lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bantulah-arifbillah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|