CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Johor] Harga ayam segar di JB cecah RM11 sekilogram

[Copy link]
Post time 6-4-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU: Harga ayam segar di bandar raya ini dikesan melepasi harga siling, iaitu RM11 sekilogram (kg) sejak lebih sebulan lalu.

Tinjauan di beberapa pasar basah utama di Pandan, Kempas dan Skudai, mendapati hampir kebanyakan peniaga ayam segar menjual hasil ternakan itu melebihi harga siling RM9.40 ditetapkan.

Peniaga meletakkan tanda harga RM9.40 setiap kg ayam segar yang dijual, namun disertakan notis kecil caj RM1.60 dikenakan yang dirujuk mereka bayaran bagi khidmat pemotongan serta kos plastik.

Pengguna yang mahu dikenali sebagai Shamsiah, 49, berkata dia tiada pilihan dan terpaksa membeli ayam segar walaupun terbeban dengan harganya yang mahal.


Berikutan itu, katanya, dia terpaksa mengehadkan pembelian ayam segar kepada hanya dua ekor seminggu berbanding empat atau lima sebelum ini.

"Memang ramai terbeban bila harga bahan mentah utama melonjak RM11 setiap kg berbanding hanya antara RM8 hingga RM9.90, akhir tahun lalu. Ramai pengguna termasuk saya sering merungut kepada penjual, jika harga ayam terus mahal, sudah pasti tidak ramai dapat beli seperti sebelum ini.

"Di pasar raya besar, memang ayam segar dijual pada harga siling, namun jumlahnya tidak banyak dan sering habis awal, jadi pengguna termasuk saya terpaksa ke pasar basah juga. Tentu ramai akan lebih terbeban menjelang Aidilfitri ini kerana ayam antara juadah utama hari raya," katanya.

Ahad lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, peniaga dilihat masih mematuhi harga siling ayam bulat pada kadar RM9.40kg sejak 1 Ramadan atau 23 Mac lalu dan berharap harga berkenaan kekal dipatuhi sehinggal Syawal nanti.

"Bagi memastikan peniaga terus patuh dengan harga ditetapkan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan sentiasa peka setiap masa," kata menteri berkenaan.

Seorang peniaga ayam segar di sini, Hafizul Mohamad, 41, berkata mereka terus tersepit apabila pembekal meletakkan harga ayam segar pada harga RM9.10 hingga RM9.30kg, sekali gus mustahil mampu menjualnya pada harga siling RM9.40.

"Sampai (harga ayam segar ke peringkat peruncit) pun sudah RM9.10 hingga RM9.30kg, jadi bagaimana peniaga nak jual pada harga siling RM9.40 seperti ditetapkan kerajaan.

"Pengguna memang sering merungut, ada yang marah apabila harga ayam jadi RM11 setiap kg kerana peniaga terpaksa letak caj perkhidmatan sebanyak RM1.60 setiap kg. Jika tidak kenakan caj itu, sudah pasti ramai peniaga ayam akan gulung tikar.

"Harga ayam daripada pembekal memanglah RM8.10 setiap kg, namun pembekal mengenakan caj pengangkutan RM1 bagi setiap kg, menjadikan harganya RM9.10. Bagaimanapun, ia mengikut lokasi kerana ada lokasi tertentu, harga pembekal jadi RM9.30 setiap kg.

"Saya sarankan pegawai KPDN supaya memberi laporan jujur kepada menteri, apa yang berlaku membabitkan harga ayam di peringkat pembekal. Jika tidak, sudah pasti isu harga ayam mahal ini tidak akan pernah selesai," katanya.


Tinjauan di pasar di Pandan, Johor Bahru, mendapati peniaga mengenakan caj RM1.60 untuk khidmat pemotongan dan plastik, menjadikan harga ayam segar RM11 sekilogram, melepasi harga siling RM9.40. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

https://www.bharian.com.my/berit ... cah-rm11-sekilogram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 1.637105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list