CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

[Selangor] Nenek 95 tahun kongsi petua elak nyanyuk

[Copy link]
Post time 6-4-2023 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Seorang warga emas berkongsi amalan yang dilakukannya sebelum tidur bagi mengatasi masalah nyanyuk.

PETALING JAYA – Seorang warga emas berusia 95 tahun berkongsi petua bagi mengatasi masalah nyanyuk meskipun telah meningkat usia.

Menerusi perkongsian video @doreentifani di TikTok baru-baru ini, warga emas tersebut yang merupakan neneknya berkongsi beberapa amalan yang dilakukannya sebelum tidur.

Antara amalan tersebut adalah membaca selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad dan beberapa surah yang terkandung dalam al-Quran.

“Nak tidur baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, empat qul semua itu. Lepas itu baca Laqad Jaa Akum, selawat Ulul Azmi, syafaat Nabi, selawat Fateh. Baca itu kalau nak masuk tidur,” katanya ketika disoal mengenai tips tingkatkan daya ingatan dan elak nyanyuk.

Dalam pada itu, perkongsian pengguna tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya memuji amalan harian nenek berkenaan.

“Alhamdulillah tokmek (nenek) masih sihat itu lah keberkatan ayat al-Quran dan selawat. Semoga tokmek sentiasa sihat,” ujar @roslina 249.

Malah, ada juga dalam kalangan pengguna media sosial yang lain berkongsi kisah nenek masing-masing yang turut mengamalkan cara sama untuk kuatkan ingatan mereka meskipun sudah tua.

“Alhamdulillah, macam arwah tok. Dalam keadaan nazak umur pun masih lagi baca yassin, tak nyanyuk,” kongsi @islam itu indah.

“Arwah nek wan (nenek) saya sokmo (selalu) pesan begitu, sebelum tidur baca surah-surah lepas itu kalau dia baca surah-surah itu sebelum tidur, dia dah tak bercakap dengn siapa-siapa,” kata @NNi.

Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 800,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... petua-elak-nyanyuk/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042664 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list