CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Selangor] Lori kontena terbakar, pemandu terselamat

[Copy link]
Post time 8-4-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

Lori kontena membawa muatan minuman air botol terbabas dan terbakar di Kampung Desa Kasih, Tebuk Pulai, semalam. - Foto ihsan Bomba

SABAK BERNAM: Seorang pemandu lori kontena terselamat selepas kenderaan itu terbabas dan terbakar berhampiran sebuah stesen minyak di Kampung Desa Kasih, Tebuk Pulai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa lelaki berusia 30-an memandu berseorangan dalam perjalanan dari Klang ke Teluk Intan.

Mangsa bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.11 pagi.


Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah lori kontena membawa muatan minuman air botol terbabas di bahu jalan.

"Selepas itu, berlaku kebakaran dipercayai berpunca daripada enjin dan merebak ke bahagian kepala lori," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hafisham berkata, anggota bertugas mengambil masa kira-kira tiga minit untuk memadamkan api.

Menurutnya, kebakaran itu memusnahkan kepala lori kontena kira-kira 30 peratus.

https://www.bharian.com.my/berit ... -pemandu-terselamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.087155 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list