CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Kelantan] Perantau diharap tidak bergantung laluan Gua Musang

[Copy link]
Post time 9-4-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Pengguna jalan raya perlu cari laluan lain untuk masuk ke Kelantan selain melalui daerah Gua Musang atau Kuala Krai.


KOTA BHARU – Perantau dari ibu negara atau negeri lain dinasihatkan tidak hanya bergantung kepada laluan di Gua Musang untuk pulang ke kampung halaman mereka di Kelantan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, ini kerana, penutupan dua jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C di Gua Musang ketika ini dikhabarkan telah menyebabkan kesesakan trafik.

Menurutnya, sehubungan itu, pengguna jalan raya perlu mencari laluan lain untuk masuk ke Kelantan selain melalui daerah Gua Musang atau Kuala Krai.

“Mereka tidak boleh bergantung harap hanya pada laluan berkenaan (Gua Musang) kerana ada banyak jalan pilihan untuk pulang ke Kelantan.

“Selain jalan Raub-Merapoh-Gua Musang, laluan Simpang Pulai, Ipoh (Perak) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) merupakan antara jalan alternatif yang lazim digunakan oleh pengguna jalan raya untuk masuk ke Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di Majlis berbuka Puasa JPJ Negeri Kelantan di Panji di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zailani memberitahu, pihak JPJ bekerjasama dengan polis untuk menyuraikan trafik di sekitar Gua Musang dan Kuala Krai agar perjalanan lancar meskipun berkemungkinan besar berdepan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

Menurutnya, selain itu, JPJ akan mengadakan pengecualian kenderaan terutamanya lori tertentu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Hanya lori atau kenderaan komersial yang mengangkat barang keperluan terutamanya makanan dibenarkan berada di atas jalan raya bagi mengelakkan kesesakan terutamanya di Gua Musang,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, dua laluan utama di Gua Musang mulai sesak apabila ditutup sepenuhnya pada 2 April untuk kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan LTU Pakej 3B dan 3C.

Jalan menghala ke bandar Gua Musang bermula dari bulatan Tanah Putih ke simpang Kampung Pulai dan Jalan Kesedar Putra mendapati, laluan tersebut sesak dengan kenderaan hampir setiap hari.

Bagaimanapun, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT 2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai). – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... -laluan-gua-musang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.045755 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list