CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bilik sardin, panas, tiada kerja sejak masuk Malaysia 40 hari lalu

[Copy link]
Post time 11-4-2023 08:19 AM | Show all posts |Read mode

Nilai: Bilik sempit, bersesak hingga 70 orang dan panas. Itu keadaan asrama pekerja yang menempatkan pekerja warga asing di Bandar Baru Nilai, di sini, yang diserbu Jabatan Tenaga Kerja dan Sumber Manusia (JTKSM), hari ini.

Sembilan bilik seluas 540 meter persegi di kawasan rumah kedai itu mempunyai kira-kira 25 katil dua tingkat dengan keadaan tilam yang usang serta nipis selain hanya dilengkapi dua ke tiga kipas industri.

Tinjauan wartawan mendapati bilik yang didiami pekerja dari Bangladesh itu tidak mempunyai sebarang almari atau peralatan lain, malah keadaannya panas dan gelap tanpa pencahayaan yang sempurna.

Sobuj Khan, 23, berkata, dia datang ke Malaysia pada 24 Mac lalu dan dijanjikan kerja sebagai pencuci di Genting Highlands, namun hampa apabila sehingga kini tidak mendapat sebarang pekerjaan.

"Kami terpaksa tinggal di dalam bilik beramai-ramai sehingga 70 orang. Tilam pula nipis dan bilik sangat panas seperti berada di dalam sauna sedangkan kami semua berpuasa.

"Keluarga kami Bangladesh menangis apabila membuat panggilan video menunjukkan keadaan bilik. Kami terpaksa menggunakan duit sendiri untuk makan dan minum sepanjang berada di asrama," katanya yang fasih berbahasa Inggeris.



SEBAHAGIAN warga asing yang tinggal dalam bilik yang sesak dan berhimpit dalam asrama pekerja di Nilai. FOTO Azrul Edham.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar yang turun padang pada operasi itu berkata, empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 24D Akta Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) terhadap empat majikan yang terbabit dalam kes berkenaan.

"Kita sudah masuk ke rumah transit pekerja asing, dan keadaannya mereka yang dibawa dari Bangladesh dan Nepal ini amat mendukacitakan.

"Mereka sampai ke sini (Malaysia) sejak 40 hari lalu dan tidak ditempatkan di mana-mana tempat kerja dan mereka tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada siasatan awal mendapati sebanyak 1,719 kuota pekerja asing diluluskan bagi tiga syarikat pencucian dan satu syarikat pembuatan yang disyaki terbabit merekrut pekerja asing berkenaan.

"Daripada jumlah itu, seramai 608 dibawa masuk untuk sektor pencucian dan 390 untuk pembuatan.

"Seramai 327 warga asing ini tiada pekerjaan dan ada juga yang diletakkan di sektor yang salah," katanya.


SIVAKUMAR (tiga dari kiri) ketika membuat lawatan mengejut ke asrama pekerja di Bandar Baru Nilai hari ini. FOTO Azrul Edham.

Sivakumar berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai salah laku majikan itu melalui Kedutaan Bangladesh dan kementeriannya memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang melakukan kesalahan sama.

"Kementerian akan memindahkan semua 327 pekerja yang berada di rumah transit ini ke tempat penginapan lebih sesuai yang berdekatan hari ini.

"Ini demi kebajikan dan keselamatan pekerja supaya tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku kepada mereka.

"Kementerian juga akan menukar majikan 327 pekerja ini dan lantik majikan lain yang sesuai dan benar-benar memerlukan pekerja asing," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-hari-lalu-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54665 Replies : 11
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 35595 Replies : 792
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 29061 Replies : 706
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 9160 Replies : 21
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106952 Replies : 1110
Buta Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramlee Tak Tipu
borneButa Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramle
Views : 23740 Replies : 4
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4305 Replies : 76
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231103 Replies : 1807
Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi maut, 33 cedera
ultra78Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi
Views : 9546 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.348568 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list