CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lelaki mabuk hambur kata lucah ditahan

[Copy link]
Post time 12-4-2023 08:43 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Port Dickson: Lelaki dipercayai mabuk yang menghamburkan kata-kata berunsur lucah kepada wanita di kawasan parkir di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bandar Springhill di sini, ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut pihak polis.

Menurutnya, ia susulan satu laporan polis yang dibuat seorang wanita selepas video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.

"Video itu memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta di tempat letak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

"Saringan awal urin terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Katanya, orang awam dinasihatkan supaya tidak mencetuskan kegusaran awam dengan menviralkan video serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Ujarnya, perbuatan penyebaran yang tidak bertanggungjawab adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kata-lucah-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54665 Replies : 11
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 35595 Replies : 792
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 29061 Replies : 706
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 9160 Replies : 21
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106952 Replies : 1110
Buta Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramlee Tak Tipu
borneButa Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramle
Views : 23740 Replies : 4
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4305 Replies : 76
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231103 Replies : 1807
Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi maut, 33 cedera
ultra78Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi
Views : 9546 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.896670 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list