CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 1

[Johor] Polis tumpas sindiket seludup rokok, 1.2 juta batang rokok dirampas

[Copy link]
Post time 17-4-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode

RAIZ Mukhliz menunjukkan rokok yang dirampas. FOTO Ahmad Ismail

Muar: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dengan merampas 1.2 juta batang rokok putih dengan nilai keseluruhan RM1.2 juta termasuk nilai cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Naib Kadir, Bukit Pasir di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata dalam serbuan kira-kira 2.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA5) Simpang Renggam bersama IPD Muar itu turut menahan seorang lelaki berusia 54 tahun.

"Pemeriksaan dalam rumah itu menemui 118 bungkusan rokok pelbagai jenama, dua telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM1,699.

"Polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira manakala lelaki warga tempatan itu direman selama tujuh hari bermula 15 hingga 22 April," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, dipercayai modus operandi dilakukan sindiket itu adalah mencari lokasi sunyi untuk memunggah rokok sebelum diedarkan ke premis kedai runcit.

"Rokok berkenaan akan dipasarkan di kedai runcit di sekitar Muar, dan ia dijual secara sorok-sorok di kedai berkenaan.

"Mengikut pasaran dan cukai harga rokok berkenaan adalah sekitar RM800,000 tetapi dijual 50 peratus lebih murah menyebabkan ramai pelanggan membelinya," katanya.

Raiz Mukhliz berkata, sindiket berkenaan dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lalu.

"Rokok yang dirampas dianggarkan bernilai RM420,000, dengan nilai cukai RM800,000 manakala kenderaan bernilai RM10,000.

"Semua rampasan dibawa ke IPD Muar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tang-rokok-dirampas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 12:45 PM | Show all posts
Alamak, susah nk dpt stok ni. Cuba cukaikan 1.20 sekotak atau 6sen sebatang. Setahun berbillion dpt. Boleh tlg biaya geng2 sakit kencing manis. Yg makin bertambah 2-3x ganda setiap tahun.
Tapi gomen nk ikut barat, sibuk x nak rokok. Sakit2, ni hanya propaganda barat, sama mcm propaganda minyak kelapa sawit. Mmg akan ada kemudaratan, cuma ia masih boleh di kontrol. Tapi propaganda barat tulis mcm asap rokok tu, masuk hidung terus dpt kanser. Dan yg mana bodo2 pun percaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54665 Replies : 11
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55012 Replies : 24
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 35595 Replies : 792
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 29061 Replies : 706
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 9160 Replies : 21
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 106952 Replies : 1110
Buta Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramlee Tak Tipu
borneButa Kerana Menangis Is Real! ~ P. Ramle
Views : 23740 Replies : 4
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 4305 Replies : 76
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231103 Replies : 1807
Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi maut, 33 cedera
ultra78Nahas ngeri Melaka: Tujuh termasuk bayi
Views : 9546 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.039432 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list