CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

[Kelantan] Penculik Azi dipenjara 56 bulan

[Copy link]
Post time 19-4-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Pasir Mas: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 56 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menculik ejen jualan kosmetik wanita di Kampung Semat Jal, Tumpat, September tahun lalu.

Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafizi Mohd Arifin, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, yang sudah dituduh, dan seorang lagi yang masih bebas menculik Rosnazirah Mohd Nain, 37.

Kejadian itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat, 5.10 petang pada 13 September tahun lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan Akta 574 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falena memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh.

Katanya, kes penculikan itu menggemparkan negara selain membabitkan keselamatan negara dan memberi kesan trauma kepada keluarga serta mangsa.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 56 bulan daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 12 April.


MOHD Hafizi dijatuhi hukuman penjara 56 bulan atas pertuduhan menculik Rosnazirah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Mengikut fakta kes, pada 13 September tahun lalu, pengadu iaitu Mohd Nain Awang, 71, membuat laporan polis mengatakan anak perempuannya iaitu Rosnazirah diculik oleh dua lelaki yang mencari mangsa di dalam rumah, manakala seorang lagi lelaki berada dalam kereta.

Ketika pengadu cuba menghalang, pengadu diacukan dengan senjata tajam oleh tertuduh namun diabaikan oleh pengadu. Kemudian,suspek yang bertopi cerah mengacukan pistol kepada pengadu.

Pengadu menjauhkan diri kerana berasa takut dan mengambil batu lalu membaling kepada kereta Toyota Vios itu. Mangsa kemudian berjaya di bawa lari oleh tertuduh dan dua suspek lain.

Susulan kejadian itu, beberapa siri tangkapan dibuat bagi mengesan kedudukan mangsa dan polis kemudian berjaya mengesan Toyota Vios di kawasan pengkalan haram Kuala Tat, Tumpat.

Unit forensik PDRM membuat siasatan terhadap kereta itu dan berjaya menimbulkan dua cap jari sempurna dan satu cap jari yang ditemui di cermin bahagian dalam kereta adalah milik tertuduh.

Siasatan awal juga mendapati mangsa diculik kerana suaminya iaitu W Muhamad W Noor, 37, mempunyai hutang yang belum dibayar.

Pada 12 April lalu, tertuduh Mod Hafizi ditangkap di Terengganu dan diserahkan kepada IPD Tumpat untuk tindakan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ra-56-bulan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.188496 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list