CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Kelantan] Gua Musang mula dipenuhi kenderaan perantau

[Copy link]
Post time 20-4-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode

JALAN alternatif Gua Musang-Kuala Lipis mula sesak dengan kemasukan kenderaan perantau yang ingin pulang ke kampung halaman. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Daerah ini mula menerima kemasukan kenderaan bertali arus sehingga menyebabkan laluan alternatif sejauh enam kilometer sesak dengan kenderaan perantau yang pulang sempena sambutan Aidilfitri.

Perantau, Amila Abdullah, 25, yang berasal dari Tanah Merah, berkata dia bersama ahli keluarga menempuh perjalanan lebih 11 jam dari Cheras sebelum tiba ke Gua Musang.

"Terdapat sesetengah tempat mengalami kesesakan yang teruk dan antaranya di Gombak, Raub, Kuala Lipis dan Merapoh, Pahang.

"Kami bertolak dari rumah di Cheras pada 1 pagi tadi dan hanya sampai di Hentian Gua Musang pada 11 pagi ini.

"Pada mulanya kami merancang untuk melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT), namun aplikasi Waze membawa kami ke jalan ini. Jadi kami terpaksa lalui jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis walaupun sudah mengetahui risikonya," katanya.

Sementara itu, Sharul Aiman, 34, berkata dia memilih untuk menggunakan laluan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang bagi mengelak memasuki Jalan Gua Musang-Kuala Lipis ditutup.

Katanya, sebelum pulang dia sempat menghubungi rakan yang tinggal di daerah ini untuk mendapatkan maklumat jalan alternatif.

"Alhamdulillah, pilihan saya tepat apabila tidak berhadapan dengan kesesakan kenderaan. Perjalanan saya dan keluarga lancar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kenderaan-perantau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.034659 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list