CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Melaka] Isteri didakwa curi wang milik suami

[Copy link]
Post time 27-4-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode


MELAKA: Gara-gara mencuri wang tunai milik suami sendiri berjumlah RM280,000 awal tahun ini, seorang suri rumah berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda, selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Harsimran Kaur, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang menyimpan harta curi iaitu wang tunai berjumlah RM280,000 milik suaminya.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 12.01 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada 8 Januari 2023.

Tertuduh boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh diwakili tiga peguam iaitu Mahajoth Singh, G.S. Gabriel dan Navin Punj.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... i-wang-milik-suami/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.034399 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list