View: 169|Reply: 0
|
[Pahang]
Ketepikan rindu terhadap keluarga di Aidilfitri demi 'ibu ayah'
[Copy link]
|
|
MOHAMAD Fauzi bersama warga emas di Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai Taman Tas. FOTO Mohd Rafi Mamat.
Kuantan: Demi mengalas tanggungjawab menjaga 24 warga emas, seorang lelaki sanggup mengenepikan perasaan rindu untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga sejak lebih 11 tahun lalu.
Mohamad Fauzi Ramli, 34 yang bertugas sebagai pengurus Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Seri Permai Taman Tas, dekat sini, berkata, keluarganya di Sungkai, Perak menerima ketiadaannya setiap kali Aidilfitri kerana faham tugas dan tanggungjawab yang dipikul.
"Perasaan rindu untuk bertemu ahli keluarga dan sanak saudara terpaksa diketepikan kerana tiada petugas lain mampu mengganti dan menguruskan penghuni di rumah kebajikan terbabit.
"Saya akui perasaan sayu dan sedih muncul setiap kali mendengar takbir raya, namun perasaan itu dikongsi bersama penghuni di sini dengan menganggap mereka seperti keluarga sendiri.
"Tahun pertama hingga ke tiga saya bekerja di sini (rumah kebajikan) memang timbul rasa sayu dan sedih kerana ditugaskan menjaga individu dari keluarga yang tidak dikenali, namun kini perasaan sedih itu hilang," katanya, di sini.
Mohamad Fauzi berkata, sebelum ini keluarga seolah-olah tidak dapat menerima situasi itu, namun selepas dijelaskan mengenai tanggungjawab besar dipikul dalam menguruskan rumah kebajikan orang tua membuat mereka faham.
"Bila saya pikul amanah dan tanggungjawab, saya tidak boleh lepas tangan, saya kena betul-betul menjaga mereka (penghuni) tiada petugas lain lagi di sini dan hanya saya seorang sahaja.
"Sudah lama saya uruskan mereka, jiwa saya sudah sebati, bak kata orang alah bisa tegar biasa. Penghuni di sini terdiri daripada gelandangan, orang tua disisihkan keluarga dan sebagainya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... fitri-demi-ibu-ayah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|