View: 164|Reply: 0
|
[Pahang]
Luluh hati lihat bayi dengan kesan darah sudah kering
[Copy link]
|
|
KEADAAN bayi yang ditemui orang awam atas papan kayu di Kampung Peramu. FOTO Ihsan Polis.
Kuantan: "Luluh hati saya melihat keadaan bayi lelaki yang ditinggalkan itu masih ada kesan darah dan terdapat kerengga pada badannya dengan kesan gigitan," kata Norhazilawati Nasron, 31.
Norhazilawati berkata, bayi lelaki itu ditemui oleh jirannya di bawah sebatang pokok berhampiran rumahnya di Kampung Peramu dekat Tanjung Lumpur, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
"Saya hanya menyedari kejadian itu selepas ibu mentuanya memanggil memaklumkan mengenai penemuan bayi berkenaan.
"Bayi terbabit ditemui oleh jiran yang mendengar tangisan bayi berkenaan sebelum dia memaklumkan kepada ibu mentua saya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, bayi terbabit ditinggalkan diatas papan di bawah pokok berkenaan tanpa sebarang pakaian atau alas malah ada kerengga yang menghurungnya.
"Kami tidak pasti berapa lama bayi berkenaan ditinggalkan di situ namun daripada kesan darah yang sudah kering serta tali pusat sudah dipotong, mungkin sudah beberapa jam dia ditinggalkan.
"Memang saya terkejut kerana sebelum ini hanya melihat kejadian buang bayi di dalam berita, namun ini berlaku depan mata sendiri," katanya.
Katanya, tiada sebarang dokumen ditemukan dan penduduk yang melihat kejadian menghubungi pihak polis bagi tindakan lanjut.
"Saya tanya-tanya dan cari juga tapi memang tidak jumpa apa-apa. Selang beberapa minit pihak peronda polis tiba, dan bayi itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan.
"Kami tidak menolak kemungkinan bayi berkenaan dilahirkan di lokasi lain sebelum dia ditinggalkan di kawasan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan, doktor menganggarkan bayi terbabit dilahirkan kurang tiga jam sebelum ditemui orang awam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -darah-sudah-kering |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|