View: 157|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Menu terlarang Syawal
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/30hm04raPERHILITAN_1682809237.jpg)
ANTARA bahagian hidupan liar yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Jerantut, Pahang.
Putrajaya: Jadikan rusa dan kijang diburu secara haram sebagai hidangan istimewa Syawal.
Malangnya kegiatan pemburuan haram hidupan liar dilindungi itu berjaya dikesan pihak berkuasa sebelum suspek warga tempatan diberkas di rumahnya di Jerantut, Pahang.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kejayaan itu adalah hasil Op Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan anggota dan pegawai Perhilitan, anggota Jabatan Perhutanan serta dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu.
Menurutnya, serbuan dilakukan terhadap sebuah kediaman di Jerantut, Pahang sekitar jam 1 tengah hari kelmarin.
"Seorang lelaki tempatan berusia 40-an ditahan selepas disyaki melakukan kegiatan pemburuan haram.
"Hasil pemeriksaan di kediaman berkenaan, pihak berkuasa menemui peti sejuk beku berisi bahagian hidupan liar yang sudah dilapah," katanya.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/30hm04raPERHILITAN2_1682809239.jpg)
Menurutnya, antara bukti dirampas adalah kepala kijang, empat bahagian kaki kijang, bahagian badan kijang dan bahagian anggota rusa sambar.
"Semua rampasan hidupan liar itu dianggarkan bernilai RM20,000. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut untuk tindakan lanjut," katanya.
Kadir berkata, operasi dan rampasan terhadap kegiatan jenayah hidupan liar tetap akan dilakukan pihaknya walaupun ketika musim perayaan serta cuti umum.
"Suspek boleh didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716) yang dipinda dan diwartakan pada 10 Februari 2022.
"Hukuman lebih berat boleh dikenakan dengan denda maksimum sehingga RM1 juta dan penjara sehingga 15 tahun," katanya.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/30hm04raPERHILITAN4_1682809241.jpg)
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... nu-terlarang-syawal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|