CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Berlagak ala samseng jalanan tunjuk kad kuasa polis bantuan

[Copy link]
Post time 2-5-2023 11:50 AM | Show all posts |Read mode

IDENTITI lelaki tular berlagak ala samseng jalanan sambil menunjukkan kad kuasa disahkan sebagai seorang anggota polis bantuan sebuah bank.

Kuala Lumpur: Identiti lelaki berlagak ala samseng jalanan sambil menunjukkan kad kuasa dalam satu video tular disahkan sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi satu minit 20 saat yang dimuat naik di Facebook itu memaparkan perselisihan faham antara dua pemandu kereta di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini.

"Hasil semakan, pada 30 April, satu laporan polis diterima oleh anggota Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

"Menurut mangsa, kejadian berlaku membabitkan sebuah Honda City yang dipandu secara berbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan berhubung video tular berkenaan.

Katanya, suspek mendakwa mangsa mengganggu laluannya tanpa memberi isyarat sebelum mengubah arah.

"Oleh sebab itu, suspek bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan supaya mangsa berhenti.

"Semakan mendapati suspek adalah seorang anggota polis bantuan sebuah bank," katanya.

Ashari berkata, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan akan merujuk kepada agensi polis bantuan berkenaan bertugas untuk tindakan lanjut.

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kuasa-polis-bantuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.536533 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list