CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Pahang] Menara tinjau kosong, jadi sarang penagih

[Copy link]
Post time 2-5-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan menara tinjau yang terbiar di Pantai Cherating, Kuantan.



KUANTAN – Terdapat pantai di negeri ini yang tidak mempu­nyai menara tinjau, malah jika ada pun, kemudahan tersebut terbiar begitu sahaja sehingga menjadi port penagih dadah.

Ketiadaan pemantauan kese­lamatan menyebabkan penduduk dan pengusaha di Pantai Cherating di sini terpaksa mengharapkan bantuan peluncur ombak jika berlaku kecemasan.

Pengusaha kedai makan dan tapak tempat letak kereta, Abu Talib Ali, 59, berkata, sehingga kini tiada pengawal pantai disediakan untuk mengawal keselamatan pengunjung.

Katanya, mereka mengambil inisiatif sendiri termasuk menasihati pengunjung agar menjaga kese­lamatan jika keadaan pantai berbahaya selain memasang ben­dera merah sekiranya ombak besar berlaku.

“Saya mula berniaga di sini sejak enam tahun lalu dan ketika itu menara ini sudah berada dalam keadaan terbiar, malah ia juga pernah menjadi tempat penagih dadah, tetapi sejak pengawasan dilakukan penduduk, kegiatan itu tidak berlaku lagi,” katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, dia pernah beberapa kali membuat aduan berkenaan menara tinjau itu, namun tiada sebarang tindakan.

Seorang pengunjung, Hafiz Hazim Mohd. Yusuf, 29, berkata, dia yang datang ke Pantai Cherating dari Seremban mengambil langkah berhati-hati dengan hanya bermain di pinggiran pantai.

“Saya memang sudah biasa membawa keluarga bercuti di tepi pantai, namun saya perhatikan Pantai Cherating ini tiada pengawal pantai.

“Saya rasa lebih baik disediakan pengawal pantai sebolehnya setiap satu kilometer di persisiran pantai bagi memastikan kese­lamatan pengunjung,” ujarnya.

Seorang penduduk Rompin, Nurhaliza Abdul Rahman, 35, berkata, sejak dahulu lagi Pantai Hiburan di Rompin tidak mempunyai menara tinjau.

Dia berharap proses naik taraf pantai tersebut yang giat dilakukan dapat memastikan aspek keselamatan turut diambil kira.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... adi-sarang-penagih/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039233 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list