CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: azredclaw66

MENJAMU TOK NENEK???

[Copy link]
 Author| Post time 3-7-2011 05:09 PM | Show all posts
Memancing minggu lepas, jumpa lagi ngan ancak terapung kek sungai Muda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 05:22 PM | Show all posts
dulu masa kecik2,sy selalu ikut datuk g tempat mcm kamat@keramat antar nasi kuing pisang ngan apa lg x ingat.
x pernah terpk masa tu salah@syirik(bdk kecik,mane tau suma ni).
setiap kali lepas kenduri mesti hantar barang2 makan td ke situ.
kamat ni mcm makam,ada batu besar pastu ada bumbung,bawah pokok besar.

tp yg lawaknya....lepas datuk sy hantar,sy dtg balik ngan kwn2,amik wat kn kat tepi sungai@benteng.
x jd apa2 tp ada gak lah dgr bunyi2 kat rumah tu.wat x tau ajelah.
pernah aruah moyang ckp rumah kami tok harimau yg jaga...saka ke tu?
sy x tau.

alhamdulilah...amalan ni dah lama ditinggalkan.sy pun dah x duk kg lg.
pk2 balik..maybe moyang sy ada bela saka berdasarkan apa yg emak sy hadapi skg ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 07:10 PM | Show all posts
dulu masa kecik2,sy selalu ikut datuk g tempat mcm kamat@keramat antar nasi kuing pisang ngan apa lg ...
helooo Post at 3-7-2011 17:22



   Hah! Tahun bila agaknya tu? Apa jadi dengan ibu tuan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:08 PM | Show all posts
Reply 61# azredclaw66


ancak tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:05 PM | Show all posts
salam semua
best2..pokcik cerita la lagik he3


Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terhad) seperti berikut :

* Bertih
* Pulut kuning.
* Ayam panggang
* Telur (mentah/rebus)
* Anak patung tradisional

Terdapat juga acak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan dalam bekas.

Acak biasanya digunakan semasa memenuhi perjanjian dengan saka, bagi memberi jamuan. Selain itu, acak juga digunakan dalam perubatan traditional apabila acak disediakan dan kemudiannya, jin yang mengganggu dipujuk agar mengikuti acak yang kemudiannya dihanyutkan kesungai. Perkara yang sama juga dikatakan akan dilakukan ketika seseorang membuang ilmu kebatinan yang dipakainya seperti memakai susuk, atau makhluk belaan seperti toyol.

Selain itu, acak juga disediakan dalam upacara semah biasanya sebagai balasan apabila pesakit yang diubati menurut kaedah tradisional sembuh, sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun, ataupun melalui persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun.

Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan acak sekiranya sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit. Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima kasih kepada makhluk ini, yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan, membolehkan pesakit sembuh.

Upacara menyemah berbeza, bergantung kepada kelaziman yang dilakukan orang yang mengetuai sesuatu upacara, ataupun kehendak orang yang berkenaan atas permintaan jin-jin, yang diberitahu melalui mimpi ataupun lain-lain medium. Kerana itu maka bahan-bahan yang disediakan berbeza, selain daripada bergantung kepada bahan makanan yang boleh didapati dan digunakan oleh penduduk tempatan.

Upacara menyemah adakalanya melibatkan darah binatang yang disembelih, ditadah dalam satu bekas, organ dalaman binatang yang disembelih, seperti kambing, kerbau atau lembu. Bahan-bahan tadi diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut. Amalan ini dikenali sebagai menyemah kampung, menyemah pantai, bela kampung, buang ancak dan sebagainya.

Bagi mereka yang melakukan persembahan teater tradisional, bahan-bahan makanan, terutamanya ayam panggang diletakkan, adakalanya sebagai sajian di sepanjang persembahan, bagi memastikan persembahan mereja berjalan dengan lancarnya tanpa ada apa-apa gangguan oleh makhluk halus.

Cara penggunaan di Sungai Perak
1. Pawang akan meletakkan semua peralatan di atas ke atas rakit batang pisang yang kecil ( 0.5 meter persegi).
2. Ayam jantan yang telah disembelih dan dibuang bulunya diletakkan sebagai ‘hidangan’ / persembahan.
3. Dihanyutkan di tengah sungai yang berolak atau berputar atau di kawasan yang dipercayai terdapat hantu air.
4. Didahului dengan jampi mentera dan dihanyutkan.
5. Biasanya bagi mengelakkan kemalangan, sebelum dan selepas mati lemas, kehilangan atau kematian di sungai. Jika ingin membina jambatan kayu, besi atau batu, pawang akan dijemput untuk membuat ancak – untuk mendapat kelulusan ‘restu’ hantu air.

kredit to: http://www.omaq.org/v3/2010/12/30/11023/
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 09:10 PM | Show all posts
Reply 63# azredclaw66

hehehe...sy puan.

tahun 80an.emak sy sakit dah 25 tahun lebih.
sy x pasti sakit apa..ada kata buatan org,ada kata saka.

ikut kata sedara mara ada saka tp sy sendiri x pasti.
skg emak ok sikit berbanding dulu.
sy cuma nak tahu betul penyakit emak sy saka atau apa.

betul ke saka bole jd keturunan?
selalu akan ke anak pompuan?
ada sesiapa bole ada jawapan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 01:12 AM | Show all posts
jamu tok nenek aku tk pernah dgr lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 08:32 AM | Show all posts
heloo... saka ni asalnya... (istilah) belaan/pendamping/sahabat... (dan macam2 lagi) (walhal semuanya merujuk hubungan manusia (tuan/pemilik/juragan etc.) dgn makhluk halus (jin - dalam masyarakat kita (Melayu) - bunian, hantu raya, pelesit (dan macam2 lagi). Benda ni biasanya akan dipindahkan apabila tuan asal dia berasa dia dah nak mati... cara pemindahan itu ada bermacam2.. dan kpd siapa dipindahkan itu juga ada berbagai2 orang... apabila berlaku pemindahan ini... maka disebut saka! (macam harta pusaka... mula2 nama harta milik, apabila mati, jadilah pusaka...) begitulah tuan!

sapa yg boleh mendapat saka ni... sapa2 pun boleh dapat... (ikut perjanjian tuan asal dgn benda tu lah...) tapi kebiasaannya, keturunan dialah (anak-cucu-cicit-piut-...), anak2 murid, pesakit yg menerima rawatan dgn tuan benda tu, kawan2 rapat, orang yg baik dgn tuan benda tu... begitulah...

saka ni kalau jenis yg jantan, akan diturunkan kpd pewaris lelaki, kalau jenis betina, dia akan turun kpd pewaris perempuan... begitu... yg tak tau jantan betina, boleh turun kpd sapa2, baik lekaki mahupun perempuan... begitu tuan!.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2011 04:02 PM | Show all posts
sedih nyer pakcik..kuat kepercayaan diorg kat mende tu..padahal semua tu tipu daya setan..

mmg banyak lagi terjadi perkara2 camni especially kat kpg2..kalo kat kpg aku ..diorg slalu siapkan mlm2 ..kononnya nk bg tok nenek ..diorg panggil "sajen" ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055508 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list