|
Kinta: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berdepan detik hitam apabila dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii oleh seorang lelaki di sebuah pondok kebun sayur di Batu Gajah, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, lelaki OKU lemah intelektual berusia 28 tahun itu diperdaya kononnya mahu dihantar pulang ke rumah oleh lelaki berusia 36 tahun, sebelum dipaksa melakukan perbuatan keji itu kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 4.32 petang Ahad lalu sebelum tindakan lanjut diambil.
Katanya, bertindak atas maklumat, suspek ditahan 11.30 pagi kelmarin oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah dan turut merampas sebuah kereta serta telefon bimbit.
"Ketika kejadian, suspek memaksa mangsa melakukan oral seks selepas memperdaya mangsa.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama 5 hari bermula semalam hingga 6 Mei ini," katanya dalam kenyataannya, malam tadi.
Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Nurhidayah Omar di talian 013-3976564 untuk membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/962666/tergamak-kau |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga penjenayah tersebut mendapat kesengsaraan atas perbuatannya itu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|