CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPM beri kebenaran khas pakai baju sukan, tali leher tidak wajib

[Copy link]
Post time 3-5-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode

KPM memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan di semua institusinya ketika cuaca panas. FOTO Aswadi Alias

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) bersetuju memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan di semua institusinya ketika cuaca panas melanda negara.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan kebenaran itu bagi mengelak sebarang komplikasi kesihatan yang mungkin dialami murid dan warga sekolah dalam menghadapi gelombang haba.

Menurutnya, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan dan pihak sekolah diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa, supaya tindakan segera dapat diambil.

"KPM sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, keselamatan dan kesihatan semua pihak semasa menghadapi cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara," menurut kenyataan.

Sebelum ini media melaporkan, KPM mengeluarkan arahan kepada semua institusi di bawahnya agar menghentikan aktiviti luar bilik darjah sekiranya kawasan masing-masing mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta institusi berkaitan diarah melaksanakan langkah pencegahan, selain memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas.

Bagi memastikan kesihatan tidak terjejas, pihak itu juga perlu memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-leher-tidak-wajib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.043264 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list