View: 190|Reply: 0
|
[Kelantan]
Wanita mendaki 255 meter setiap pagi untuk berniaga
[Copy link]
|
|
NORAINI yang berniaga di puncak Bukit Panau sejak tiga tahun lalu terpaksa memulakan pendakian seawal jam 6.30 hingga 7 pagi. FOTO Nor Fazlina Abdul Rahim
Tanah Merah: Alah bisa tegal biasa. Itu perumpamaan yang boleh digambarkan kegigihan sekumpulan peniaga wanita yang menjual makanan dan minuman di puncak Bukit Panau di sini, sejak beberapa tahun lalu.
Seawal 6.30 hingga 7 pagi, kumpulan mereka antara lima hingga tujuh orang yang berusia 39 hingga 54 tahun mula mendaki bukit yang berketinggian 255 meter dari aras laut dengan memikul bekalan makanan dan minuman seberat 20 kilogram (kg).
Sebaik tiba ke puncak selepas pendakian yang mengambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit itu, masing-masing terpaksa duduk seketika sebelum membuka barang niaga untuk dijual kepada pendaki yang berkunjung di bukit berkenaan.
Peniaga terbabit, Noraini Jaya, 50, dari Kampung Bukit Mas berkata, dia mula berniaga di puncak bukit berkenaan sejak tiga tahun lalu.
"Sebelum ini, saya tidak bekerja dan ada saudara mengajak untuk menyertainya berniaga di sini.
"Pada mulanya agak berat hati memandangkan perlu mendaki selama 30 minit.
"Namun saya cekalkan diri kerana mahu membantu suami. Sehingga kini hampir tiga tahun saya berniaga di sini dan sudah sebati dengan pendakian setiap pagi.
"Alhamdulillah hasil jualan pun agak baik dan setiap hari saya mula berniaga dari 7 hingga 11 pagi.
"Jika barang niaga habis cepat, maka cepatlah saya turun dari bukit ini. Saya menjual makanan ringan, minuman, buah-buahan serta ais krim dan bilangan pengunjung akan bertambah pada hari minggu," katanya ketika ditemui di sini.
Ibu kepada enam anak itu berkata, setiap hari dia memperoleh hasil pendapatan sekitar RM70 hingga RM100 dan bersyukur sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Norazma Mat Karji, 39, berkata, dia yang asalnya berbadan gempal kini semakin kurus apabila setiap hari mendaki Bukit Panau.
"Pada awalnya memang kita penat kerana selain mendaki, kena pikul dua beg barang lagi.
"Saya setiap hari mendaki dengan memikul 20 kg makanan dan minuman.
"Letih memang letih...namun ia mampu memberi pendapatan kepada saya memandangkan suami tidak dapat bekerja disebabkan masalah kesihatan.
"Saya menjual ayam goreng, buah, minuman serta makanan ringan. Jika hari minggu pendapatan yang kami terima lebih banyak berbanding hari biasa.
"Anak-anak juga akan tolong saya membawa barang sekiranya mereka tidak cuti sekolah," katanya yang mempunyai enam anak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pagi-untuk-berniaga |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|