CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Perak] Kayuh basikal 10 Jam sehari

[Copy link]
Post time 6-5-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Shahrul (kanan) bersama Muhammad Ammar berhenti berehat sebelum meneruskan kayuhan.

Behrang: Kasih bapa memang tiada tandingannya. Ia terbukti selepas seorang pembantu operasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Behrang 2020, Mohd Shahrul Mohd Darus, 43, sanggup meredah beratus kilometer (KM) berkayuh basikal dari utara sehingga pantai timur, baru-baru ini.

Dia berbasikal bagi menemani anak lelaki tunggal, Muhammad Ammar Safwan, 16, membuat kayuhan dari Ipoh, Perak sehingga Kuala Terengganu yang membabitkan perjalanan sejauh kira-kira 454 kilometer (km).

Mohd Shahrul berkata, dia bersama anak lelakinya memulakan kayuhan dari Ipoh pada 24 April dan sampai ke destinasi terakhir terbabit pada 28 April lalu.

Katanya, walaupun sepanjang perjalanan kayuhan terpaksa menempuh keadaan cuaca yang panas dan kadangkala hujan di samping kenderaan di jalan raya namun bukanlah penghalang buat mereka berdua.

"Sebelum membuat kayuhan terbabit, saya dan anak saya menjalani latihan secara berkala termasuk di Tanah Tinggi Cameron Highlands. Latihan berkenaan bertujuan mendapatkan stamina dan membina kekuatan serta daya ketahanan mental dan fizikal," katanya ketika ditemui, dekat sini.


MUHAMMAD Ammar merakamkan gambar berlatar belakang Jambatan Angkat di Kuala Terengganu, Terengganu.

Dua beranak berkenaan memulakan cabaran kayuhan bermula di Ipoh, Perak dengan mengikuti laluan Lenggong-Jeli sebelum sampai ke Kuala Terengganu.

Mereka berdua menamakan misi ini sebagai Kayuhan Anak dan Bapa ke pantai timur.

Setiap hari, dua beranak terbabit akan berkayuh selama 10 jam sebelum berehat di destinasi tertentu yang dianggap selamat.

Mohd Shahrul mengakui cuaca panas sepanjang perjalanan memaksa mereka berdua kerap minum air dan berhenti di tempat yang redup.

"Walaupun saya sendiri agak kepenatan, namun saya gagahkan juga untuk meneruskan misi ini.

"Kami berdua saling bekerjasama dan memberi sokongan. Inilah pengalaman terindah yang pasti tidak akan saya lupakan dalam memori kehidupan," katanya.

Mereka berdua masing-masing menggunakan Fat Bike jenis Maxtron Reynolds 725 dan Maxtron Wild Truck bagi menjayakan misi berkenaan.


MOHD Shahrul ketika mendaki bukit di kaki Banjaran Titiwangsa.

Sementara itu, Muhammad Ammar Safwan pula berkata, inilah kali pertama dia membuat kayuhan basikal membabitkan jarak perjalanan yang jauh.

Katanya, sepanjang perjalanan kekuatan mental dan fizikal dia teruji ketika melalui jalan mendaki di Banjaran Titiwangsa.

"Lebih menarik, ketika menuruni banjaran berkenaan, kami terserempak dengan sekumpulan gajah liar yang melintasi jalan terbabit.

"Malah, pengguna jalan raya berkenaan juga sering membunyikan hon kenderaan dan mengangkat tangan memberi isyarat menyokong misi kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sikal-10-jam-sehari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.289053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list