CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

[Selangor] Bergenang air mata bila kembali bertemu selepas 20 tahun

[Copy link]
Post time 7-5-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode

ROSE Zainol (kiri) dan Yusidawati Md Yunus yang juga rakan sebilik ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang kembali bertemu selepas 20 tahun. FOTO ihsan Rose Zainol

Shah Alam: Selepas tidak pernah bertemu selama 20 tahun, dua sahabat baik ini kembali bertemu pada Aidilfitri lalu sekali gus mengamit memori zaman belajar mereka, baru-baru ini.

Pertemuan menggembirakan antara Rose Zainol, 40-an, dan sahabat yang juga teman sebilik ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Yusidawati Md Yunus, 40-an, berlangsung di rumah Rose di Alam Impian, di sini, pada 30 April lalu.

Video pertemuan mereka dikongsi di TikTok dan turut mendapat perhatian netizen.

Rose berkata, mereka ditempatkan di bilik sama di kolej kediaman universiti itu selama tiga tahun dari 2001 hingga 2003 bersama dua rakan lain.

Menurutnya, sepanjang persahabatan mereka, Yusidawati disifatkan seorang sahabat yang baik dan menghiburkan selain sanggup melalui susah senang bersama ketika zaman belajar.

Bagaimanapun katanya, selepas masing-masing tamat belajar, mereka tidak pernah berjumpa dan mempunyai nombor telefon, namun berkawan secara maya di Facebook (FB) tetapi jarang berhubung.

"Keluarga saya bukan orang senang, jadi wang saya cukup-cukup saja dan kadang-kadang mahu makan tak ada duit... jadi Yus (Yusidawati) belikan makanan dan kami kongsi bersama.

"Apabila tidak sihat rakan sebilik juga yang tolong dan kami ada dua rakan sebilik lain iaitu Salbiah dan Siti Ruhani yang mana mereka juga sudah 20 tahun saya tak jumpa.

"Pergi kelas naik bas dan ulang kaji juga bersama, makan semangkuk mi segera kongsi berempat dan susah senang semua bersama (ketika belajar)," katanya memberitahu mereka berlainan jurusan.

Ahli perniagaan dan pengasas sebuah tadika itu berkata, dia juga adalah individu yang memperkenalkan Yusidawati dengan suami wanita terbabit yang juga adalah seniornya ketika bersekolah di Langkawi.

Katanya, mereka berpeluang bertemu selepas Yusidawati datang beraya ke rumah ibu saudaranya lalu wanita berkenaan memberitahu bahawa tadika yang berada di Alam Impian adalah kepunyaan sahabatnya.

"Kebetulan ibu saudara Yus jiran saya selang enam rumah saja dan dia tunjukkan kepada Yus sebelum dia menghantar mesej di FB tetapi ketika itu saya tiada di rumah.

"Saya terkejut dapat mesej dia (Yus) dan kami terus bertukar nombor dan minta dia datang rumah keesokkan pagi untuk bersarapan bersama.

"Perasaan ketika itu teruja dan gembira, apabila berjumpa kami berpelukan lama dan bergenang air mata, menangis di depan anak dan suami.

"Kami bersembang lebih kurang tiga jam, pelbagai topik dibualkan dan mengimbas memori serta kenangan ketika di universiti dulu. Dia masih sama seperti dulu seorang yang kelakar, ceria dan baik. Kami juga rindu dua lagi sahabat sebilik," katanya.

Katanya, selama ini kekangan masa, komitmen dan jarak menjadi penghalang untuk mereka bertemu kerana sahabatnya yang juga ahli perniagaan itu tinggal di Muadzam Shah, Pahang.

"Insya-Allah saya akan ke sana melawatnya dan mahu menjaga silaturahim yang terjalin ini supaya tidak terputus lagi. Semoga Allah SWT memelihara persahabatan ini sehingga akhir hayat kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mu-selepas-20-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.045883 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list