CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

[Kelantan] Cuaca panas bawa untung pada pengusaha ikan kering

[Copy link]
Post time 7-5-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode

KEDAI menjual pelbagai jenis ikan kering di sekitar Pantai Geting menjadi tumpuan orang ramai kerana ikan kering yang dijual berkualiti tinggi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tumpat: Musim kemarau yang melanda sejak beberapa bulan lalu memudahkan urusan pengusaha ikan kering dan keropok keping bagi menghasilkan produk niaga masing-masing.

Jika sebelum ini, ikan kering perlu dijemur sehingga hampir dua hari, berbanding kini hanya sehari saja.

Manakala bagi ikan bekok pula hanya mengambil masa dua jam untuk dijemur berbanding empat jam pada hari biasa.

Pengusaha ikan kering, Wan Sapiah Wan Yusoff, 45, yang berniaga sejak 12 tahun lalu mengakui musim kemarau memudahkan urusannya bagi menghasilkan ikan kering dan ikan bekok.

Malah katanya, kualiti ikan kering juga lebih elok ketika dihasilkan pada musim kemarau kerana ia betul-betul kering berbanding musim hujan.

"Alhamdulillah walaupun ramai merungut mengenai musim kemarau, namun musim ini banyak memudahkan kerja saya dan pengusaha lain.

"Setiap hari saya menghasilkan dua hingga tiga tan ikan kering dan ikan bekok, bergantung kepada bekalan ikan yang diperoleh.

"Jika banyak ikan yang dapat, banyak la saya akan proses. Untuk cuaca sekarang, memang bagus untuk menjemur ikan kering hanya sehari, manakala ikan bekok dua jam saja," katanya ketika ditemui di Pantai Geting, di sini, hari ini.

Dia berkata, sambutan terhadap ikan bekok amat menggalakkan terutama pada hari minggu dan cuti sekolah.

"Kebanyakan mereka yang datang membeli ikan bekok adalah orang luar Kelantan dan mereka mahu mencuba rasa ikan bekok.

"Alhamdulillah jualan hari minggu mencecah RM2,000 hingga RM3,000 sehari, namun jika musim hujan jualan lagi tinggi," katanya yang menghasilkan 15 jenis ikan kering.

Pengusaha keropok keping, Alimin Abdul Rashid, 49, turut berpendapat sama apabila keropok yang dijemur hanya mengambil masa empat hingga lima jam saja, berbanding kebiasaan enam hingga tujuh jam.

Dia yang sudah mengusahakan keropok keping sejak lebih 20 tahun lalu berkata, dia sangat suka dengan cuaca kemarau kerana banyak memudahkan urusannya.

"Jika musim cuaca tidak menentu, kita terpaksa menjemur berulang kali. Namun untuk musim kemarau banyak memudahkan urusan kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngusaha-ikan-kering

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.078734 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list