CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Kelantan] 'Tiada permohonan ambil air dari pili bomba' - JBPM Kelantan

[Copy link]
Post time 8-5-2023 10:22 AM | Show all posts |Read mode

Zainal Madasain. FOTO Arkib NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan tidak menerima sebarang permohonan daripada Ahli Parlimen untuk mengambil air daripada pili bomba.

Pengarahnya, Zainal Madasain, berkata pihaknya turut menghubungi Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi mendapat maklumat.

"Pihak kami tidak terima sebarang permohonan daripada YB untuk ambil air daripada pili bomba. Terus terang saya cakap.

"Saya juga hubungi Pengurus Besar AKSB dan beliau maklumkan pihaknya juga tiada terima permohonan daripada YB.

"Kita sudah buat laporan bagi siasatan lanjut berkait perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menjelaskan tindakannya yang menggunakan pili bomba adalah mendapat kebenaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) serta Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bomba-jbpm-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056351 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list