CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Selangor] Cuaca panas: Harga sayur naik, untung RM80 sebulan

[Copy link]
Post time 8-5-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Peniaga menjual sayur-sayuran di Pasar Basah Jalan Othman, Kuala Lumpur semalam.



PETALING JAYA – Sebulan reda isu harga sayur naik ketika Ra­madan lalu, harga sayur kini kembali naik sehingga meresahkan peniaga dan pembeli ketika ini.

Kali ini, faktor cuaca panas terik didakwa menjadi punca kenaikan harga itu yang berlaku sejak Selasa lalu.

Tinjauan Kosmo! di Lembah Klang mendapati, pembeli di Pasar Basah Jalan Othman mengeluh ekoran harga barangan mentah terutamanya sayur-sayuran meningkat naik ketika cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini.

Seorang pembeli yang mahu dikenali sebagai Fatimah Hussein, 42, berkata, dia yang sering menjadikan pasar besar itu sebagai lokasi membeli barangan mentah berasa terbeban dengan kenaikan harga sayur-sayuran.

“Saya sebagai pembeli rasa sangat terbeban dengan harga sayur yang semakin naik. Limau kasturi dengan cili pun dah naik harga sekarang. Kalau dulu limau kasturi 100 gram RM2.90 sekarang cecah RM4.50.

“Cili daripada RM10 untuk 1 kilogram menjadi RM14. Saya tak tahu puncanya daripada peniaga atau pembekal sendiri. Tapi saya harap masalah ini tak berlarutan,” katanya.

Menepis dakwaan peniaga sengaja menaikkan harga barangan mentah, seorang peniaga sayur-sayuran, Lim They, 64, berkata, dia terpaksa menaikkan harga barangan jualannya.

“Kalau tak naikkan harga, saya tidak untung,” katanya.

Jelas Lim They, cuaca panas yang melanda negara menyebabkan bekalan sayur-­sayuran se­perti sawi, tomato, daun ketumbar dan lain-lain tidak mencukupi sehingga pembekal menjual harga sayur dengan mahal kepada peniaga seperti mereka.

“Saya ambil sayur daripada pembekal dengan harga mahal. Daun ketumbar biasa ambil RM30 sekilogram, sekarang sampai cecah RM60. Stok terhad pada musim panas ini. Tak boleh buat apa, saya juga cari makan,” ujarnya.

Di Pulau Pinang, seorang peniaga sayur di pasar awam daerah Barat Daya, Izam Abd. Hamid, 42, berkata, dia terpaksa menerima hakikat berlaku kenaikan ketara bagi dua jenis sayur-sayuran secara berperingkat iaitu lebih RM1 sehingga semalam

Jelasnya, sayur kacang buncis sebelum ini dijual pada harga RM8 hingga RM10 sekilogram, manakala sawi RM4 hingga RM5.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... ntung-rm80-sebulan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.365747 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list