CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Terengganu] 'Tangan emas' mushaf al-Quran, manuskrip lama

[Copy link]
Post time 8-5-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Syamsul Anwar menghasilkan manuskrip dan mushaf al-Quran dengan menggunakan emas ketika ditemui di Kolej al-Quran Terengganu (KQT). FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Tiga kakitangan Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) seolah memiliki 'tangan emas' apabila mampu menyalin semula mushaf al-Quran dan manuskrip lama seperti mesin pengimbas moden.

Pereka Unit Kaligrafi, Syamsul Anwar Shamsuddin berkata, pihaknya giat menjalankan kajian mengenai manuskrip dan mushaf al-Quran bercirikan seni kemelayuan sejak 2016.

Katanya, selain dirinya, dua lagi rakan pereka iaitu Sharifah Rukaiah Syed Ahmad, 37, dan Syarifah Nor Aini Syahirah Saik Abdullah, 35, turut terbabit sebagai pakar dalam proses berkenaan.

"Kami berjaya menyiapkan manuskrip Warkah Sultan Ahmad Shah yang berkisar permintaannya terhadap Jeneral Belanda, Baron Van Der Capellen untuk melalui suatu tempat bernama Semarang, selama enam bulan.

"Penghasilannya berteraskan seni iluminasi iaitu seni zukhruf atau seni motif dengan manuskrip asal kini berada di Muzium Berlin di Jerman.

"Dengan kemahiran yang ada, kami adaptasi manuskrip berkenaan menyamai 100 peratus lembaran asal menggunakan kaedah lukis dan tulis, manakala kertas digunakan adalah jenis bebas asid, diimport dari Eropah," katanya ketika ditemui.

Istimewanya apabila setiap motif yang dilakar akan diwarnakan dengan emas 24 karat yang diimport dari England dan keseluruhannya, tiga buku emas digunakan untuk manuskrip berkenaan.

"Tiga hari kami ambil masa untuk melebur, menuras dan beberapa proses lain ke atas emas sebelum ia dapat digunakan dalam lakaran. Gelatin tumbuhan juga dicampur ketika peleburan emas sebelum ia digunakan untuk mewarna," katanya.

Syamsul Anwar, 41, berkata, cabaran besar buat mereka apabila penghasilan manuskrip itu disifatkan sebagai proses 'sekali jalan' dan memerlukan mereka lebih berhati-hati.

"Apabila ada tersalah ukur untuk letakkan ayat, atau kesilapan lain, maka kami akan ulang, buat semula daripada awal dengan kertas lain," katanya yang memberitahu kajian dan pembangunan (R&D) dilaksana terhadap emas digunakan bagi mengelak ia tidak melekat pada kertas.

Menurutnya, antara proses terakhir selepas mewarna adalah kilatan naskhah yang menggunakan siput gerus sebagai pengilat.

Syamsul Anwar juga berkongsi penyiapan mushaf al-Quran Terengganu yang pernah dihasilkan KQT sebelum ini, dengan mushaf asal diiktiraf antara yang tercantik di Asia Tenggara.

Katanya, KQT juga dilantik sebagai Jawatankuasa Pakar Pembangunan Semula Mushaf Al-Quran Terengganu Selaku Warisan Kebangsaan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan mewujudkan jaringan strategik dengan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) melalui Program Seni Kraf Warisan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uran-manuskrip-lama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058079 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list