CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Kelantan] Masih ada majikan di sektor kawalan keselamatan dan pembersihan guna skim gaji lama

[Copy link]
Post time 9-5-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

SULKIFLI (dua kiri) melayan tetamu sempena sambutan Aidilfitri JTK negeri Kelantan di Wisma Persekutuan. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kelantan mempergiatkan operasi mengesan majikan yang masih ingkar terhadap pelaksanaan gaji minimum.

Pengarahnya, Sulkifli Silang berkata, untuk tahun ini seorang majikan dalam sektor kawalan keselamatan sudah didakwa dengan empat pertuduhan menggajikan pekerja di bawah RM1,500.

Beliau berkata, walau sudah dikuatkuasakan sejak Mei tahun lalu, masih ada majikan ingkar terhadap arahan itu dan sektor kawalan keselamatan serta pembersihan dikenal pasti masih ada yang menggajikan pekerja dengan skim gaji lama.

"Masih ada majikan yang menggajikan pekerja antara RM1,100 hingga RM1,200 dan alasan yang diberikan adalah masih tertakluk kepada kontrak sebelum ini, serta belum sampai tempoh untuk memperbaharuinya.

"Majikan sepatutnya membuat penyelarasan baru dan abaikan kontrak lama kerana pelaksanaan gaji minimum ini sudah setahun dilaksanakan.

"Walau apapun alasan yang diberikan, kami tetap mengambil tindakan dan setakat ini seorang majikan sudah didakwa manakala beberapa yang lain sedang dalam tindakan lanjut," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri JTK Kelantan di Wisma Persekutuan, di sini, hari ini.

Sulkifli berkata, bermula tahun ini, pihaknya akan menggiatkan kesedaran yang sama untuk pelaksanaan gaji minimum bagi pekerja di bawah lima orang yang dijangka dilancarkan Julai ini.

Beliau berkata, beberapa siri pertemuan dengan majikan sudah dan akan dibuat berhubung perkara itu dengan harapan semuanya berjalan lancar.

Dalam perkembangan lain, Sulkifli berkata, sebanyak 246 permohonan perakuan penginapan di bawah Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) sudah diluluskan sehingga kini.

"Kita mempunyai lebih 300 majikan yang menggaji pekerja asing di negeri ini dan dianggarkan sekitar 30 peratus lagi yang belum membuat permohonan.

"Ada sebanyak 14 permohonan yang tidak lulus dan antara sebabnya adalah tidak memenuhi spesifikasi kemudahan asas selain premis disediakan tidak bersesuaian untuk dijadikan tempat tinggal," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mbersihan-guna-skim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037822 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list