View: 223|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Morfin, heroin lebih kuat. Mengapa kanabis tak dibenarkan?
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/hiasan-ganja_1683619488.jpg)
Pokok ganja ditanam di Thailand untuk tujuan perubatan. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di Malaysia tidak harus bimbang untuk membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan, termasuk cannabidiol atau CBD.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, berkata morfin, heroin, dan codeine mempunyai kesan kimia yang lebih kuat berbanding kanabis sudah lama digunakan dalam perubatan.
Menurutnya, undang-undang membenarkan semua ubat berkenaan digunakan berdasarkan preskripsi atau arahan doktor.
"Mengapa takut? Itu soalan yang susah bagi saya nak jawab. Kita patut tanya kerajaan. Tanya menteri kesihatan. Tanya ketua pengarah kesihatan. Apa sebabnya takut sangat.
"Saya tengok dengan mata kepala sendiri anak kawan saya apabila dia kena penyakit sawan tarik (epilepsi), ibu dia bagi CBD. Dalam tempoh 10 saat lega. Terbukti.
"Apa saya minta daripada kerajaan, bukannya nak menghalalkan penggunaan di seluruh negara dengan begitu sahaja. Apa saya minta, misalannya menentukan satu hospital yang doktor di unit tertentu hospital itu boleh mengeluarkan preskripsi untuk mana-mana pesakit menggunakan CBD. Itu sahaja buat permulaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program perbincangan kerumitan dari sudut undang-undang berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok atau dikenali sebagai Dasar Generasi Penamat (GEG) yang dianjurkan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI).
Perbincangan itu turut disertai Pengarah Eksekutif MICCI, Shaun Edward Cheah; Ketua Korporat, Komersial, Penggabungan dan pengambilalihan (M&A) firma LAW Partnership, Raphael Tay; dan peguam Mohd Faiz Iskandar Hamzah dari Tetuan Arief & Iskandar.
Azmi juga berkata, tembakau tidak baik untuk kesihatan sedangkan kegunaan CBD baik untuk kesihatan.
"Cadangan saya, misalnya kita mula dengan hospital A. Ia ada 10 doktor pakar mengenai kegunaan kanabis atau ganja.
"Kita kata okay 10 orang doktor ini diberi hak mengeluarkan preskripsi bagi mana-mana pesakitnya untuk mengunakan CBD. Itu sahaja saya minta sekarang, setakat ini.
"Pasal sekarang ini pegang CBD pun haram, boleh masuk jel. Walhal kita lintas sempadan utara tiada masalah. Saya pergi England, pergi beli macam beli lipstik macam orang beli minuman ringan tak ada masalah pun," katanya.
Beliau berkata, selepas projek permulaan hospital itu dimulakan dan terbukti ada keberkesanan dalam tujuan perawatan, kemudian boleh diperluaskan lagi kepada doktor dan hospital lain.
Sementara itu, semua terbabit dalam perbincangan RUU Kawalan Tembakau dan Merokok atau GEG hari ini merumuskan kerajaan perlu melakukan sesi libat urus dengan semua pihak berkaitan, termasuk rakyat, pihak industri, pengamal undang-undang dan sebagainya sebelum melaksanakannya.
https://www.bharian.com.my/berit ... abis-tak-dibenarkan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|