CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

[Terengganu] El Nino, sisa domestik punca ribuan ikan Tasik UniSZA mati

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Kakitangan UniSZA mengutip bangkai ikan yang mati di Tasik UniSZA, Kuala Nerus hari ini.




KUALA NERUS – Ribuan ikan yang kebanyakan spesies tilapia ditemui mati terapung di Tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak di sini sejak semalam.
Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar (Eseri) UniSZA, Dr. Fathurrahman Lananan berkata, fenomena El Nino dan kekurangan oksigen dikenalpasti sebagai punca kematian ikan-ikan terbabit.

“Pemeriksaan sampel air tasik mendapati bacaan oksigennya terlalu rendah. Kita syak ia disebabkan kemasukan nutrien sisa air domestik dari sistem perparitan taman perumahan berhampiran.

“Tambah memburukkan cuaca panas melampau sejak bulan Mac lalu akibat fenomena El Nina telah meningkatkan lagi suhu permukaan tasik sekaligus mengurangkan kapasiti simpanan oksigen di dalam air,” katanya di sini hari ini.

Fathurrahman berkata, pertembungan faktor nutrien daripada sisa buangan domestik yang pekat ditambah peningkatan suhu permukaan tasik menyebabkan ikan-ikan tersebut mati.

Jelas beliau, kenaikan mendadak permintaan oksigen biologikal (BOD) boleh mengakibatkan bacaan oksigen air menjadi sifar dan mematikan ekosistem di dalam sungai seperti ikan dan tumbuhan.

“Ini kali kedua insiden ikan di Tasik UniSZA mati akibat sebab sama sejak ia dijadikan komponen tebatan banjir kawasan setempat mulai tahun 2017,” katanya.
Fathurrahman berkata, kerajaan dimohon agar segera meluluskan projek Loji Rawatan Air (LRA) bagi menampung kemasukan air domestik di Tasik UniSZA berkenaan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -tasik-unisza-mati/





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033824 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list