CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki maut dipercayai terkena serangan strok haba

[Copy link]
Post time 13-5-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode



KAMARULZAMAN Yusoff (kanan) meninggal dunia dipercayai terkena serangan strok haba semasa menunggu anaknya pulang dari sekolah di Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN

















BACHOK: Seorang lelaki maut dipercayai terkena serangan strok haba semasa sedang menunggu anaknya pulang dari sebuah sekolah di sini hari ini.
Mangsa Kamarulzaman Yusoff, 40, dilaporkan mengalami kekejangan sebelum rebah dan meninggal dunia di lokasi.


Adiknya Marzuki, 32, ketika dihubungi berkata, kejadian itu diketahuinya pada pukul 2.06 petang selepas menerima panggilan yang memaklumkan kejadian tersebut.
Menurutnya, dia bersama tujuh lagi adik beradik lain termasuk ibu yang berada di Shah Alam kini dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Tawang.


“Abang merupakan anak sulung daripada sepuluh adik beradik dan bekerja sebagai penjual air mangga,” katanya.


Sebelum ini, media melaporkan mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia semalam selepas dipercayai akibat strok haba.-UTUSAN




https://www.utusan.com.my/berita ... erangan-strok-haba/




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038750 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list