CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Kelantan] Tiada lagi suara 'comel' Aisyah

[Copy link]
Post time 14-5-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu:   "Selepas ini tiada lagi suara 'comel' daripada Aisyah yang sering membaca al-Quran mengikut caranya sendiri," kata Rubiah Ismail 59, ibu kepada dua beradikyang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Mentuan Sering, di sini, semalam.

  Dalam kejadian 8.30 malam itu, Muhammad Huzaifah Ab Halim, 31, dan adiknya, Aisyah Ab Halim, 22, yang juga penghidap sindrom down disahkan terbunuh dalam kebakaran itu.

  Rubiah  ketika ditemui pada majlis pengebumian dua beradik itu di Tanah Perkuburan Islam Gertak Kechupu, Kampung Mentuan, di sini, 6 petang, hari ini, meluahkan kesyukuran kerana kedua-dua anaknya sudah selamat dikebumikan dan reda dengan ketentuan Ilahi.

  "Sebelum mereka meninggalkan saya buat selamanya, anak istimewa saya, Aisyah yang mesra dipanggil adik ada menunjukkan kelakuan pelik. Dua hari sebelum kejadian, dia membungkus baju ke dalam plastik dan membuangnya ke luar rumah.

  "Tidak sangka itu adalah petanda dia akan pergi buat selamanya. Manakala, abangnya, Muhammad Huzaifah seperti biasa hanya diam sahaja selepas dia mengalami kemurungan," katanya ketika ditemui.

  Hampir 200 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung hadir di majlis pengebumian dua beradik berkenaan yang selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad.

  Rubiah yang juga guru mengajar al-Quran berkata, buat sementara waktu dia akan menumpang di rumah saudara yang berdekatan tapak kediamannya yang terbakar sebelum mencari tempat baharu untuk berteduh.

  "Hilang dua anak dalam sekelip mata bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya tempuhi, tetapi saya yakin mereka kini berada di tempat yang jauh lebih baik. Saya akan terus kuat menjalani kehidupan yang akan datang," katanya.

    Harian Metro sebelum ini melaporkan, ketika kebakaran berlaku, Rubiah berada di masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak sebelum diberitahu orang kampung mengenai kejadian menimpa anak-anaknya.








PENDUDUK membantu pengebumian arwah Muhammad Huzaifah dan Aisyah. FOTO Syaherah Mustafa



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.418250 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list