CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Pahang] Mengharapkan keajaiban buat Qaireen Adriana

[Copy link]
Post time 14-5-2023 03:31 PM | Show all posts |Read mode



MOHAMMAd Haffiez Mansor Taridi akan terus berikhtiar untuk memastikan anak sulungnya, Qaireen Adriana Thani sembuh. FOTO Ihsan Mohammad Haffiez Mansor Taridi

Bentong: Berat ujian ditanggung suami isteri, Mohammad Haffiez Mansor Taridi dan Fazleen Noor Adnan apabila anak sulung mereka, Qaireen Adriana Tihani disahkan menghidap penyakit jantung selepas dua hari dilahirkan.

Kini, Qaireen Adriana Tihani sudah berumur 12 tahun dan kehidupannya tidak ceria seperti kanak-kanak seusianya kerana cepat letih serta tidak dapat sertai aktiviti luar sebaliknya hanya banyak berehat di rumah.

Menurut Mohammad Haffiez, 39, anaknya itu sudah menjalani empat pembedahan sejak lahir dengan yang terakhir pada Ramadan lalu.

"Rawatan dan empat pembedahan sebelum ini iaitu dua besar (major) dan dua kecil (minor) dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Alhamdulillah, pembedahan sebelum ini berjalan lancar dan ditanggung oleh Yayasan IJN dan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ada.

"Selepas pembedahan Ramadan lalu, keadaannya bertambah baik namun pembedahan untuk menukar injap masih perlu dijalankan bagi memastikan kehidupannya seperti manusia normal yang lain.

"Pembedahan seterusnya akan dijalankan dalam waktu terdekat tetapi masih menunggu tarikhnya dan ia membabitkan penukaran injap jantung daripada injap asal ke injap mekanikal," katanya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut, Mohammad Haffiez berkata, dia dan isteri reda dengan ketentuan Ilahi memandangkan sudah melaluinya sejak 12 tahun lalu.

Meskipun begitu, Mohammad Haffiez belum berputus asa dan akan terus ikhtiar bagi memastikan anaknya dapat menjalani rawatan hingga dapat hidup normal semula

"Saya bekerja sebagai penyelia syarikat pembersihan dengan pendapatan RM2,000 sebulan. Manakala, isteri suri rumah tetapi bantu keluarga dengan berniaga makanan secara kecil-kecilan.

"Selain cari rezeki, apa yang boleh kami ikhtiar adalah mohon bantuan daripada beberapa agensi. Setakat ini, kami dapat bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia tidak mencukupi kerana kos ditanggung membebankan dan saya perlu menyara dua anak lain yang masih bersekolah," katanya.

Jauh di sudut hati, Mohammad Haffiez masih mengharapkan keajaiban kerana sedih mengenangkan nasib Qaireen Adriana Tihani.

"Doktor memaklumkan bahawa Qaireen Adriana Tihani perlu diberi rawatan hingga akhir hayatnya. Jadi, selagi dia masih bernyawa, saya dan isteri akan berikhtiar sehabis baik untuknya.

"Antara usaha kami adalah beri Qaireen Adriana Tihani ubat dan vitamin. Pada masa sama, kami akan terus cari jalan dan wang supaya rawatan buatnya diteruskan walaupun berdepan kesulitan," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 1111529000020021 atau CIMB bernombor 7607551097 yang kedua-duanya atas nama Mohamed Haffiez Mansor Taridi atau menghubunginya di talian 019-6060168.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uat-qaireen-adriana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.062177 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list