CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

[Kelantan] Halim disahkan maut diserang harimau, dikebumi ikut adat kaum Batek

[Copy link]
Post time 14-5-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Gua Musang: Lelaki Orang Asli suku kaum Batek, Halim Asin, 27, disahkan maut akibat diserang oleh harimau dalam kejadian di Kampung Aring 5, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan lanjut anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati ada kesan tapak harimau di kawasan kejadian.

"Hasil bedah siasat juga mendapati terdapat gigitan pada leher kanan mangsa serta tengkorak tembus akibat gigitan harimau," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Halim dikebumikan mengikut adat suku kaum Batek di Tanah Perkuburan Kampung Aring 5, di sini, jam 5.15 petang semalam.

Mayat dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Gua Musang selepas proses bedah siasat dilakukan pada jam 11 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Aring 5, Mohd Fazli Mamok berkata, mayat terpaksa dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli kerana keadaan jalan rosak dan perlu melalui kawasan ladang.

"Buat pertama kali dalam sejarah, penduduk Orang Asli Batek di kampung ini maut kerana serangan binatang buas dan proses pengebumian dilakukan sedikit berbeza mengikut adat serta dalam keadaan ringkas.

"Mengikut adat, mayat mangsa yang jatuh pokok atau diserang binatang buas tidak dibawa pulang dan akan ditinggalkan di tempat ditemukan selepas dukun melakukan beberapa ritual supaya tidak diganggu binatang buas," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan, di sini semalam.

Katanya, beberapa penduduk terpaksa melapik mayat menggunakan tikar dan memakai sarung tangan semasa melakukan proses pengebumian.

"Malah, mengikut adat kami, mayat juga tidak boleh disentuh kerana dibimbangi terkena badi, di mana orang yang memegangnya akan mati dalam keadaan yang sama seperti mangsa.

"Jadi kami berbincang dengan orang tua di kampung untuk melapik mayat dengan tikar tanpa menyentuh. Kita berdoa semoga jauh daripada ajal dan 'malapetaka' yang tidak baik," katanya.

Terdahulu media melaporkan mayat Halim ditemui tersangkut pada tunggul kayu dalam keadaan separuh bogel di Kuala Sungai Tunggul di Kampung Aring 5, jam 5.10 petang, Khamis lalu.

Halim dijumpai pada hari kedua operasi pencarian oleh pasukan penyelamat dalam keadaan telungkup di dalam air iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.




PENDUDUK membantu urusan pengebumian Halim di di tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Aring 5, di sini semalam. FOTO Paya Linda Yahya

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -kaum-batek-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.117209 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list